“Di Indonesia Saya Aman..” Iqbal Tertanya-Tanya Kenapa Orang Malaysia Kejam Terhadap Dirinya

Hiburan

“Di Indonesia Saya Aman..” Iqbal Tertanya-Tanya Kenapa Orang Malaysia Kejam Terhadap Dirinya

Usahawan yang juga bekas pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli tampil membuat perbandingan mengenai sokongan moral yang diterimanya di Malaysia dan Indonesia.

Iqbal dan Rossa
3 years ago

Bawa Diri Ke Indonesia Atas Sebab Mencari Ketenangan, Rossa Individu Pertama Ditemui Iqbal Zulkefli

Advertisement

Ujar Iqbal, dia tertanya-tanya mengapakah terdapat segelintir rakyat Malaysia yang kerap mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan seperti menyanyi dan sebagainya.

Tambahnya, dia berasa aman damai ketika berada di tanah seberang berbanding di tempat kelahirannya sendiri.

Mengapa masih ramai orang Malaysia yang kejam dengan saya? Tidakkah ada sedikit rasa belas kasihan, di Indonesia saya aman.

Iqbal turut mengakui bahawa dia memerlukan sokongan daripada orang ramai kerana semangatnya sudah semakin hilang berikutan beberapa insiden dan tragedi yang dialaminya sebelum ini.

Kata penyanyi lagu Hujan ini lagi, dia sebelum ini sudah mengakui kesilapan dan sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tak henti-henti memberikan semangat walau ia bukannya perkara mudah.

Saya amat bersyukut jika ada sokongan kerana ketika ini saya perlukan semangya yang telah hilang. Saya tidak pernah berada dalam situasi ini.

Terdahulu, Iqbal memaklumkan bahawa dia akan berhijrah ke luar negara berikutan tidak tahan dikecam dan serik dengan penerimaan negatif Malaysia terhadap dirinya semenjak kontroversi ‘kahwin tak jadi’ dengan DS Vida.

Perkongsiannya itu sekaligus menuai pelbagai cemuhan dalam kalangan netizen bahkan ada yang menyamakan dirinya dengan Sajat yang berhijrah ke Australia berikutan kes jenayah yang dihadapi usahawan kosmetik itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Iqbal Zulkefli

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...