Desas-Desus Kehamilan Tersebar, Peminat Ucap Tahniah Kepada Lisa Surihani

Hiburan

Desas-Desus Kehamilan Tersebar, Peminat Ucap Tahniah Kepada Lisa Surihani

Hamil. Mengandung, Pregnant. Itu adalah impian setiap wanita yang bergelar isteri. Pernah tertekan kerana sering ditanya tentang kehamilan selepas bergelar isteri kepada Yusry, kini sekali lagi desas-desus tentang kehamilan Lisa Surihani kembali menjadi perbualan orang ramai. Walaupun sehingga ke saat ini tiada sebarang pengakuan/penafian terbit daripada mulut Malaysian’s Sweetheart ini, ternyata keterujaan untuk melihat Lisa Surihani hamil telah menyebabkan ribuan peminatnya membanjiri Instagram pelakon ini dan mengucapkan tahniah.

lisa surihani hamil

Advertisement

Untuk makluman, Lisa Surihani dan Yusry telah pun bergelar suami isteri sekitar bulan Februari 2012. Satu ketika dahulu satu artikel menyatakan yang Lisa Surihani pernah keguguran telah pun menjadi bualan ramai. Desas-desus kehamilan Lisa Surihani ini kembali bertiup kencang selepas Cik Pang menerusi ruangannya di Harian Metro menulis panjang lebar tentang berita ini. Tulis Cik Pang:-

Kita tidak tahu kesahihan cerita ini sebab yang me­nyampaikan kepada Cik Pang pun belum dapat pengesahan daripada tuan empunya badan. Khabarnya, Lisa Surihani mengandung tetapi masih lagi di peringkat awal. Teman Cik Pang yang dapat berita ini pun risik-risiklah kepada tuan empunya badan.

Bukannya apa, sedikit sebanyak berita diterima cukup menggembirakan. Apatah lagi Lisa dianggap “Malaysian Sweet­heart” sudah tentu peminat mahu berkongsi kegembiraan ini bersama pelakon popular itu.

Teman Cik Pang yang cuba menghubungi Lisa untuk mendapatkan pengesahan apakah benar berita gembira seperti disampaikan sumber itu. Bagaimanapun, Lisa enggan memberikan sebarang pengesahan ataupun komen mengenainya. Bagi menghormati pendirian Lisa, teman Cik Pang pun terus tutup buku.

Tapi menurut cerita, Lisa memang tidak mahu isu dia mengandung menjadi kecoh lebih-lebih lagi apabila kadungannya masih lagi diperingkat awal. Pesan orang-orang tua sendiri yang Cik Pang ingat, kalau kan­dungan masih awal tidak bagus dicanang-canangkan dan mungkin juga Lisa mengikut saranan itu.

Timbul juga teori mengatakan Lisa tidak boleh memberitahu secara terbuka kerana sudah menandatangani kontrak bersama Astro dan pengumuman mengenainya akan dibuat secara eksklusif di stesen televisyen berbayar itu.

Itu hanya sekadar cakap-cakap kosong yang Cik Pang dengar. Apapun kesahihannya hanya Lisa dan suami, Yusry Abdul Halim yang tahu. Cik Pang tahu isu Lisa mengandung ini sensitif. Andai tidak benar apa yang dikhabarkan ini, sudah tentu akan membuat Lisa dan Yusry berkecil hati.

Andai itu berlaku, Cik Pang mohon maaf. Tapi sebenarnya Cik Pang seperti juga peminat Lisa yang lain mengharapkan perkara yang baik dan indah berlaku dalam hidup pasangan romantis ini.

Jika berita yang Cik Pang dengar ini tidak benar, Cik Pang harap Lisa dan Yusry akan menganggapnya sebagai doa dari Cik Pang untuk mereka agar cepat-cepat dikurniakan cahaya mata.

lisa surihani hamil

Selalunya memang kalau awal-awal kehamilan tidak digalakkan untuk memaklumkan berita kehamilan kepada orang luar. Takut apa-apa terjadi. Namun bak kata Cik Pang, walaupun benar atau tidak berita ini, sekurang-kurangnya ia menjadi doa buat Lisa Surihani dan Yusry agar dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri. Senang cerita, sama-samalah kita nantikan pengesahan daripada empunya badan sendiri. Sementara menanti, sama-samalah kita doakan agar berita ini benar.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...