Deria Anak Pasti Terjejas Jika Tak Dibendung, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Elak ‘Screentime’ Terlalu Lama

Branded

Deria Anak Pasti Terjejas Jika Tak Dibendung, Ini Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Elak ‘Screentime’ Terlalu Lama

Kanak-kanak zaman sekarang ni kebanyakan mereka dah didedahkan dengan penggunaan gajet, di mana secara jujurnya tak salah pun sebab ada kebaikan yang mereka boleh peroleh.

Cumanya, kalau dah sampai tahap ketagih, itu dah jadi satu isu yang agak membimbangkan sebab ia akan memberi kesan terhadap deria mereka.

Tumbesaran Anak Akan Terjejas Jika Dibiarkan

Menurut kajian, antara deria terkesan adalah sistem propriosepsi dan vestibular, deria yang mengawal keseimbangan, kesedaran ruang dan koordinasi tubuh seperti berlari, melompat dan memanjat, membawa kepada masalah pada postur badan buruk dan gaya hidup tidak aktif.

Selain itu, deria penglihatan, deria pendengaran, sistem kognitif dan emosi juga akan terjejas kalau kita tak bendung isu ini.

Jadi, sebagai orang dewasa yang matang dan berakal, kita perlu memainkan peranan dalam situasi ini dengan mengimbangi penggunaan gajet dan aktiviti harian.

Dilatih Sehingga Mahir, Social Serve Kidsnergy Buka Arena Pickleball Untuk Kanak-Kanak

Kalau anda tak tahu nak mula dari mana, apa kata join kejohanan Social Serve Kidsnergy! Anda bukan saja dapat mencungkil minat anak-anak untuk jadi lebih produktif, malah mereka juga berpeluang untuk dilatih sehingga mahir tau! Baguskan?

Kalau anda nak tahu, kejohanan Social Serve Kidsnergy ini adalah acara sukan hasil kolaborasi antara Kidsnergy dan iMedia yang dikuasakan oleh Great Eastern Takaful Berhad.

Menariknya, kejohanan ini diadakan bukan semata untuk menarik minat anak-anak kecil hingga remaja, malah untuk mengasah bakat mereka supaya berpeluang untuk menjadi jaguh sukan dan berupaya mewakili mana-mana peringkat.

Paling penting, dengan bersukan lagi-lagi sukan pickleball ini, ia bukan sahaja dapat membina hubungan yang baik antara keluarga dan rakan sebaya, malah dapat juga melatih deria-deria anak kita.

Pelbagai Kategori Tersedia, Jom Sertai Sekarang!

Apa yang best dengan Social Serve Kidsnergy ni, kejohanan ini ada pelbagai kategori dan terbuka bukan sahaja untuk kanak-kanak, malah orang dewasa pun boleh turut serta tau!

Kategori Dewasa

Gabungan Pertengahan 7.0 dan ke bawah –

Beregu Lelaki

Beregu Wanita

Beregu Campuran

Gabungan Novelis 5.8 dan ke bawah –

Beregu Lelaki

Beregu Wanita

Beregu Campuran

Kategori Remaja

B8

B10

B12

B14

B16

B18

Bagi kategori B8, pendaftaran adalah PERCUMA sepenuhnya dan slot sangat terhad. Jadi, siapa cepat, dia dapat!

Untuk pengetahuan, kesemua perlawanan Separuh Akhir & Akhir akan dijalankan pada hari terakhir, memberikan setiap atlet peluang untuk bertanding di pentas utama.

Paling best, kejohanan ini juga menjanjikan hadiah wang tunai serta hadiah-hadiah daripada penaja yang cukup lumayan mengikut kategori masing-masing tau!

Tunggu apa lagi? Pendaftaran kini rasmi dibuka, jadi cepat rebut slot sekarang! Klik DI SINI untuk daftar.

Jadi Produktif Saja Tak Cukup, Perlu Bijak Uruskan Wang Juga

Bila dah jadi produktif ni, confirm banyak duit melabur seperti membeli padel yang berkualiti dan pakaian yang sesuai n untuk memastikan gaya hidup aktif ini terus berjalan lancar.

Haa, dekat sinilah Great Eastern Takaful Berhad (GETB), selaku Penaja Utama Social Serve Kidsnergy memainkan peranan dalam mendidik anda serta anak-anak tentang literasi kewangan.

Mereka hadir dengan sebuah program khas untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 17 tahun iaitu program Paw’er Up with Roarie, untuk memupuk anak-anak tentang kefahaman literasi kewangan, selain daripada menggalakkan tabiat pengurusan wang yang bijak.

Menariknya, program ini menggunakan pendekatan edutainment bagi menjadikan pembelajaran tentang kewangan lebih menyeronokkan dan antara topik tersedia adalah seperti simpanan, perbelanjaan, pengurusan bajet dan membuat keputusan kewangan yang bijak.

Menurut Ketua Pemasaran GETB, Puan Rashida Mior Ahmad Darwish, pendidikan masa kini memerlukan pendekatan yang lebih interaktif dan dekat dengan generasi muda.

Gabungan pembelajaran dan permainan bukan sahaja menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan, malah membantu kanak-kanak membina tabiat menabung serta asas kewangan yang kukuh untuk masa hadapan.

Beliau turut berkata bahawa seperti sukan pickleball, aktiviti ini bukan sekadar permainan, tetapi juga platform yang dapat memupuk fokus, semangat kerja berpasukan dan kebersamaan dalam kalangan peserta daripada pelbagai peringkat umur.

Sekadar info, Kidsnergy merupakan gerakan sukan akar umbi terkemuka di Malaysia yang ribuan keluarga di seluruh negara, diasaskan oleh Goh Liu Ying, bekas pemain badminton negara.

Manakala, iMedia yang merupakan rakan media rasmi bagi kejohanan ini adalah sebuah syarikat media terkemuka yang memenangi pelbagai anugerah, menghubungkan jenama dengan jutaan rakyat Malaysia melalui penceritaan di platform media berimpak tinggi.

Jadi, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, jom sama-sama galakkan anak-anak menjadi produktif dengan menyertai Social Serve Kidsnergy. Maklumat lanjut ikuti Sports We Play.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.