“Dengki Tak Habis-Habis..” Hidayah Abam Bocey Geram Ada Cubaan Godam Akaun Media Sosial

Hiburan

“Dengki Tak Habis-Habis..” Hidayah Abam Bocey Geram Ada Cubaan Godam Akaun Media Sosial

Balu kepada pelawak terkenal Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa apabila ada cubaan untuk menggodam akaun media sosial Facebook miliknya baru-baru ini.

1 year lalu

"Sayang Akan Menyusul Kemudian.." Isteri Abam Bocey, Nor Hidayah Akui Kehidupan Sukar Tanpa Suami Di Sisi

Advertisement

Ujar Hidayah, perkara tersebut bukan sekali dihadapi olehnya namun telah berulang kali akibat sikap individu yang tidak bertanggungjawab.

Malah, Instagram milik suaminya, arwah Abam juga pernah cuba digodam oleh seseorang.

Advertisement

Tak payah sibuk, nak dapatkan tengah-tengah orang sedap tidur, cuba nak hack nasib cepat tukar password tapi still tak boleh on semalam tapi cuba buka. Alhamdullilah dapat balik.

Instagram Abam Bocey pun banyak kali, masih ada yang nak ambil, kenapa ada masalah ke kalau bini dan anak dia pakai? korang cemburu ke?

Kata ibu tunggal kepada seorang anak ini lagi, individu yang melakukan perbuatan tersebut mempunyai masalah hati dan dengki dengan kehidupan dia kini.

Dalam pada itu, Hidayah juga sempat menitipkan doa agar sentiasa dilindungi oleh mereka-mereka yang mempunyai niat buruk terhadap dirinya.

Sekadar info, Hidayah dan Abam Bocey telah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.

Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokthar Syed Mohd Redzuan kemudian meninggal dunia pada 9 Februari 2020 di kediamannya akibat diserang demam panas.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anon

    November 7, 2021 at 11:28 am

    Rosalennah patut kawan buat mentor dgn dia. Pelan2 dia bangun daripada derita..dan juga utk jadikan kekuatan utk kita move on bina hidup sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...