October 12th, 2020

Setelah hampir genap 8 bulan pemergian Allahyarham Abam Bocey, isteri kepada arwah iaitu Nor Hidayah mengakui perjalanan hidupnya sukar tanpa insan disayangi di sisi.

Sentiasa menguatkan diri dan cekal hati dalam mengharungi hidup bersama anak tunggal mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, Hidayah terpaksa menahan kerinduan kepada orang yang telah pergi.

Meluahkan rasa bercampur baur menerusi ruangan instagram miliknya baru-baru ini, Hidayah berkata dia masih memegang janji dan amanat yang ditinggalkan oleh arwah.

“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang di sisi..sangat sukar, sangat susah dan sangat sakit nak lalui semua tapi kekuatan sayang, keluarga…Alhamdullilah sayang bangun untuk capai impian kita.Sayang akan pegang semua amanat abang untuk menjaga anak kita sebaik-baiknya, Insyallah!”

Dalam pada itu, Hidayah sempat mengucapkan syukur kepada Ilahi kerana telah berjaya membuka sebuah kedai makan hasil daripada doa orang ramai yang sentiasa menyokong dirinya ketika susah dan senang.

View this post on Instagram

Alhamdulillah syukur pada Allah, hari jumaat yang penuh barokah ni, syukur pada Allah berkat, kesabaran, titik peluh berniaga kecil-kecilan Cempedak goreng dayah mampu mempunyai kedai yang tak seberapa ini, terima kasih abg dayah bantu untuk dapatkan kedai ni, terima kasih mak abah & famili tercinta sentiasa doakan serta support dayah.. terima juga Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) meluluskan permohonan Kedai No.19 degan cepat pada 02/08/2020.. Alhamdulillah syukur.. #kitabaikramaisayang #comingsoonopeningshop #KedaiHidayahAbam

A post shared by ??Syed Uthman Hamzah?? (@abam_bocik) on

View this post on Instagram

Ada orang berkata aku xsedih dengn kematian suami xpela cakap lah apa pun Allah yang Maha mengetahui segalanya,ingat lagi pesan arwah suami sayangg biarlah apa pun orang nak kata kita mereka bukan bagi kita makan janji kita dengan cara kita jangan berhenti berdoa Allah sentiasa ada bersama kita?.. Kesedihan xperlu di tunjuk-tunjuk, Bersedih (selain takut kerana Allah) tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih. Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.” QS. At-Taubah: 40 Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” QS.Ali ‘Imran:139 AL-FATIHAH suamiku Syed Umar Mokhtar #allahbersamakita #kitabaikramaisayang #jangansibukhalorang

A post shared by ??Syed Uthman Hamzah?? (@abam_bocik) on

Mengimbas kembali, Nor Hidayah dan Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Mohd Redzuan telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2017 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun dua bulan.

Allahyarham Abam telah meninggal dunia pada 10 Februari lalu setelah dua hari mengalami demam panas.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...