Balu kepada pelawak terkenal Allahyarham Abam Bocey, Siti Nurhidayah Mohd Ali meluahkan rasa tidak puas hati dan kecewa apabila ada cubaan untuk menggodam akaun media sosial Facebook miliknya baru-baru ini.
Ujar Hidayah, perkara tersebut bukan sekali dihadapi olehnya namun telah berulang kali akibat sikap individu yang tidak bertanggungjawab.
Malah, Instagram milik suaminya, arwah Abam juga pernah cuba digodam oleh seseorang.
Tak payah sibuk, nak dapatkan tengah-tengah orang sedap tidur, cuba nak hack nasib cepat tukar password tapi still tak boleh on semalam tapi cuba buka. Alhamdullilah dapat balik.
Instagram Abam Bocey pun banyak kali, masih ada yang nak ambil, kenapa ada masalah ke kalau bini dan anak dia pakai? korang cemburu ke?
Kata ibu tunggal kepada seorang anak ini lagi, individu yang melakukan perbuatan tersebut mempunyai masalah hati dan dengki dengan kehidupan dia kini.
Dalam pada itu, Hidayah juga sempat menitipkan doa agar sentiasa dilindungi oleh mereka-mereka yang mempunyai niat buruk terhadap dirinya.
Sekadar info, Hidayah dan Abam Bocey telah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.
Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokthar Syed Mohd Redzuan kemudian meninggal dunia pada 9 Februari 2020 di kediamannya akibat diserang demam panas.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.