Dengar Suara Orang Minta Tolong, Dipercayai Ramai Mangsa Banjir Terperangkap Di Taman Seri Muda

Berita

Dengar Suara Orang Minta Tolong, Dipercayai Ramai Mangsa Banjir Terperangkap Di Taman Seri Muda

Umum mengetahui, terdapat beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia sekarang ini sedang dilanda bencana alam, banjir kilat yang agak serius termasuklah di kawasan Lembah Klang.

Sempat beredar satu video di Twitter tentang keadaan sebuah kawasan bertempat di Taman Seri Muda, Shah Alam dikatakan masih ramai mangsa yang terkandas dan belum menerima bantuan lagi.

Advertisement

Terdapat seorang pengguna berkongsikan sebuah video berlatar hitam yang hanya didengari dengan suara mangsa meminta tolong, dipercayai di rakam di kawasan itu.

Dalam pada itu, selebriti dan aktivis Heliza Helmi turut turun padang bersama MAPIM untuk cuba memasuki kawasan tersebut dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap

Di dalam video siaran langsung yang dikongsikan oleh Heliza di Instagramnya malam semalam, kenderaan serta lori treler di taman itu telah ditenggelami air.

Keadaan Taman Seri MudaSumber : Instagram 

Dilihat dari perkembangan yang dimuat naik oleh Heliza, keadaan di Taman Seri Muda itu agar getir dan bantuan-bantuan juga mengalami kesukaran untuk masuk ditambah pula masalah komunikasi serta kedaan sekeliling yang gelap-gelita.

Ya allah.. kau permudahkan lah segala bantuan yang ingin masuk di dalam taman itu.

KBS buat majlis pasca banjir
3 years ago

"Nak Rasmi Apa Lagi?" - Netizen Pelik KBS 'Ada Masa' Lancar Majlis Skuad Sukarelawan Pasca Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...