‘Dengan Saya Masa Berisi Lagi’ – Zulin Aziz Tolak Dakwaan Dah Kurus Baru Ada Kekasih

Hiburan

‘Dengan Saya Masa Berisi Lagi’ – Zulin Aziz Tolak Dakwaan Dah Kurus Baru Ada Kekasih

Gara-gara memuat naik beberapa keping foto romantis bersama seorang jejaka, pengikut di laman sosial meneka Zulin Aziz akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Malah, kapsyen ringkas meminta orang ramai mendoakan perkara yang baik-baik turut menguatkan spekulasi yang tercetus.

4 years ago

'Doa Yang Baik-Baik' - Kongsi Foto Sweet Di IG, Zulin Aziz Bakal Naik Pelamin?

Advertisement

Terbaru, selebriti ini menolak dakwaan lelaki yang dikenali sebagai Farhan Norzaini itu adalah pelakon untuk video klip atau promosi perniagaan terbarunya. Jelas Zulin, mereka sebenarnya sama-sama mencari rezeki untuk membina masa depan kelak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? ???? (@zulinaziz)

Zulin turut memohon peminat mendoakan kebaikan buat mereka berdua. Buat masa ini, mereka sedang berusaha mencari rezeki demi impian masing-masing.

@farhannorzaini dengan saya masa saya berisi lagi. Takde istilah dah kurus baru nak ada marka.. dia selalu support apa saja yang saya buat termasuklah nak meniaga ni. Love you b.

Menerusi kapsyen hantaran tersebut, Zulin turut memohon maaf kepada rakan media kerana mengelak menjawab soalan. Katanya, biarlah mereka berdua sahaja yang tahu mengenai kisah cinta mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Zulin Aziz

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...