Demi Cari Berlian Tersembunyi, Seorang Lelaki Sanggup Ceroboh Kandang Singa

Dunia

Demi Cari Berlian Tersembunyi, Seorang Lelaki Sanggup Ceroboh Kandang Singa

Seorang lelaki yang cuba untuk mencerobohi kandang singa di Taman Zoologi Nehru, Hyderabad telah berjaya diselamatkan oleh pihak zoo itu sendiri.

Kejadian yang berlaku pada 23 November yang lalu, lelaki yang bernama G Sai Kumar, 31, berjaya mencerobohi kandang singa dan duduk di atas batu besar hanya beberapa meter daripada haiwan buas berkenaan.

Advertisement

Melihat situasi yang amat mengerunkan itu, pengunjung zoo disana mula menjerit dan meminta agar Kumar tidak melompat di dalam kandang terbabit.

singa di zooSumber : Google  

Walau bagaimanapun, lelaki berkenaan kekal berdegil dan terus menunggu singa itu beredar dari situ agar dia boleh memasuki kandang tersebut.

Kerana menyedari kekecohan yang berlaku, pihak berkuasa zoo bergegas ke tempat kejadian dan menyerahkan lelaki terbabit kepada pihak polis selepas menyelamatkannya.

Difahamkan melalui laporan Indian Express yang diambil oleh mStar, Kumar memberitahu kepada pihak polis bahawa dia sedang mencari berlian yang tersembunyi di dalam kandang zoo itu.

Selain itu, kami kongsikan beberapa artikel trending pada pautan di bawah.

Sotong Appollo hameediyah
2 years ago

Tular Resit Harga Sotong RM100, Pelanggan Mohon Maaf Pada Pengusaha Restoran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...