Dek Mahu Rakam MV Raya, A. Aida Geram Aliff Syukri ‘Masuk’ Rumah Tanpa Izin

Hiburan

Dek Mahu Rakam MV Raya, A. Aida Geram Aliff Syukri ‘Masuk’ Rumah Tanpa Izin

Penerbit drama, Datuk A.Aida terkejut apabila menonton muzik lagu raya baru yang dinyanyikan oleh seorang usahawan kosmetik terkenal sambil berjoget riang di sebuah lokasi yang diketahuinya.

Aliff Syukri
3 years ago

Lancar Lagu Raya, Aliff Syukri Kongsi Video Menyanyi Di Studio Tanpa 'Auto-Tune'

Advertisement

Selepas dilihat dengan lebih lama, A.Aida sahkan tempat yang digunakan untuk muzik video Datuk Aliff Syukri itu merupakan rumah persinggahannya iaitu Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang.

Pengarah tersebut mendakwa Aliff Syukri telah mencerobohi rumah persinggahannya dan melakukan pengambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut.

la la raya

Aliff Syukri membuat pengambaran muzik video raya terbaru LaLa Raya di belakang rumah persinggahan A.Aida tanpa meminta izin.

Aida atau nama sebenar Zaidah Awang berkata ketika ditemubual bersama mStar Online,

Ketika itu tak ada siapa dekat situ… malah pekerja saya kata, Aliff panjat untuk pergi ke beranda rumah saya itu. Itu dah dikira menceroboh! Aliff menggunakan rumah itu tanpa pengetahuan dan izin saya.

Dapat dilihat dalam muzik video yang dimuatnaik di YouTube tersebut, ada beberapa scene Aliff bersama penari latar berada di beranda dan belakang rumah kediaman itu.

Aida turut berkata dia memang tidak membenarkan sesiapa membuat pengambaran di kediaman itu kerana ia khas untuk produksi miliknya sahaja iaitu A.Aida Production.

Yang saya sakit hati, dia langsung tak hubungi saya… bukannya dia tak kenal saya dan dia tahu itu rumah saya! Dah lah tak minta izin, tak ada langsung letak kredit penghargaan nama resort saya itu.

Pengarah drama Andainya Takdir itu meminta Aliff membuat penjelasan lanjut mengenai isu ini dengan segera.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...