Usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini ada memberi bayangan bakal mengeluarkan lagu raya baru tidak lama lagi.
Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Aliff Syukri khabarnya bakal melancarkan single Hari Raya nyanyiannya pada hari Isnin depan menerusi saluran YouTube miliknya, TV Terlajak Laris.
View this post on Instagram
Dia juga sempat memberikan sedikit ‘teaser’ single tersebut untuk tatapan para pengikut serta peminatnya di media sosial Instagram.
Malah, Aliff Syukri juga mendedahkan bahawa dia ada menjalani latihan vokal dalam usaha untuk memperbaiki mutu nyanyiannya.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil meninggalkan pesanan tidak sabar untuk mendengar ‘buah tangan’ terbaru usahawan kosmetik itu.
Terdahulu, Aliff Syukri ada memberitahu bahawa terbitnya lagu tersebut adalah kerana dia ingin menghiburkan hati peminat dan orang ramai yang tidak dapat pulang ke kampung gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.
jujur cakap alif syukri xde bakat langsung dalam bidang nyanyian
April 30, 2021 at 7:54 pm
kesiannya dia ni… xde ke org yg jujur di sekeliling alif syukri ni. dari awal video2 sampai habis semuanya kaki mengampu. terang & jelas alif syukri xde bakat dalam bidang nyanyian. sakit telinga & hati dengar pitching semua kelaut… semoga berkat ramadhan ni, allah jentik skit hati alif syukri ni supaya dia sedar & x lagi menyanyi untuk org lain. karok kat rumah sendiri je cukup lah… duit banyak kalau xde bakat macam ni la.. org sekeliling mengampu je. kesian..
anonymous
April 30, 2021 at 4:12 pm
haaa better sikitlah dari dari sebelum ni
Skahtiaqr
April 30, 2021 at 1:36 pm
Rsa nk pitam dgr..help..help
aaaannnn
April 30, 2021 at 12:04 pm
huhuhu..dah la x leh balik kampung..dengar lagu ni…lagi x rasa nk raya..x raya pn x pelah..hehe