Penerbit drama, Datuk A.Aida terkejut apabila menonton muzik lagu raya baru yang dinyanyikan oleh seorang usahawan kosmetik terkenal sambil berjoget riang di sebuah lokasi yang diketahuinya.
Selepas dilihat dengan lebih lama, A.Aida sahkan tempat yang digunakan untuk muzik video Datuk Aliff Syukri itu merupakan rumah persinggahannya iaitu Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang.
Pengarah tersebut mendakwa Aliff Syukri telah mencerobohi rumah persinggahannya dan melakukan pengambaran di beranda dan belakang kediaman tersebut.
Aida atau nama sebenar Zaidah Awang berkata ketika ditemubual bersama mStar Online,
Ketika itu tak ada siapa dekat situ… malah pekerja saya kata, Aliff panjat untuk pergi ke beranda rumah saya itu. Itu dah dikira menceroboh! Aliff menggunakan rumah itu tanpa pengetahuan dan izin saya.
Dapat dilihat dalam muzik video yang dimuatnaik di YouTube tersebut, ada beberapa scene Aliff bersama penari latar berada di beranda dan belakang rumah kediaman itu.
Aida turut berkata dia memang tidak membenarkan sesiapa membuat pengambaran di kediaman itu kerana ia khas untuk produksi miliknya sahaja iaitu A.Aida Production.
Yang saya sakit hati, dia langsung tak hubungi saya… bukannya dia tak kenal saya dan dia tahu itu rumah saya! Dah lah tak minta izin, tak ada langsung letak kredit penghargaan nama resort saya itu.
Pengarah drama Andainya Takdir itu meminta Aliff membuat penjelasan lanjut mengenai isu ini dengan segera.