Dazrin Kamarudin Akui Terseksa Tidak Jadi Kahwin Dengan Amyra Rosli

Hiburan

Dazrin Kamarudin Akui Terseksa Tidak Jadi Kahwin Dengan Amyra Rosli

Dazrin Kamarudin mengakui jiwanya terseksa  dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada lakonan sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran yang diterima kerana tidak jadi kahwin bersama Amyra Rosli tahun lalu. Dazrin mengambil masa selama lima bulan untuk menenangkan fikiran selepas peristiwa tersebut.

Advertisement

Sebenarnya lima bulan saya mendiamkan diri kerana tidak boleh bekerja dan hilang fokus selepas kejadian tersebut. Dalam tempoh waktu itu, saya hilangkan diri sekejap untuk kenal diri semula dan atas nasihat rakan-rakan baru saya kembali berlakon.

Orang ramai sebelum ini terkejut apabila Dazrin telah membatalkan perkahwinan beliau bersama Amyra pada saat akhir. Pelbagai spekulasi yang timbul, tetapi sehingga kini Dazrin masih enggan mengulas lebih lanjut mengenai puncanya.

Manusia kadang-kadang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan dalam masa yang sama kita perlu belajar serta mengambil iktibar terhadap setiap apa yang berlaku.

Alhamdulillah saya kembali aktif berlakon dan kini tampil dengan rambut pendek untuk imej dan semangat baru selepas berkabung lima bulan.

Sebelum ini Dazrin  merancang untuk melangsungkan perkahwinan bersama Amyra pada 8 Ogos 2014 namun majlis tersebut terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir atas beberapa masalah yang sehingga kini masih jadi rahsia.

Jika Dazrin seorang lelaki dan pihak yang membatalkan perkahwinan tersebut pun sudah merasa terseksa yang agak teruk, apatah lagi Amyra yang selama ini meletakkan harapan untuk menjadi seorang isteri? Memang sakit jika kita ditinggalkan.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...