Dazrin Kamarudin mengakui jiwanya terseksa dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada lakonan sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran yang diterima kerana tidak jadi kahwin bersama Amyra Rosli tahun lalu. Dazrin mengambil masa selama lima bulan untuk menenangkan fikiran selepas peristiwa tersebut.
Sebenarnya lima bulan saya mendiamkan diri kerana tidak boleh bekerja dan hilang fokus selepas kejadian tersebut. Dalam tempoh waktu itu, saya hilangkan diri sekejap untuk kenal diri semula dan atas nasihat rakan-rakan baru saya kembali berlakon.
Orang ramai sebelum ini terkejut apabila Dazrin telah membatalkan perkahwinan beliau bersama Amyra pada saat akhir. Pelbagai spekulasi yang timbul, tetapi sehingga kini Dazrin masih enggan mengulas lebih lanjut mengenai puncanya.
Manusia kadang-kadang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan dan dalam masa yang sama kita perlu belajar serta mengambil iktibar terhadap setiap apa yang berlaku.
Alhamdulillah saya kembali aktif berlakon dan kini tampil dengan rambut pendek untuk imej dan semangat baru selepas berkabung lima bulan.
Jika Dazrin seorang lelaki dan pihak yang membatalkan perkahwinan tersebut pun sudah merasa terseksa yang agak teruk, apatah lagi Amyra yang selama ini meletakkan harapan untuk menjadi seorang isteri? Memang sakit jika kita ditinggalkan.