Pernah mengalami episod duka di dalam percintaan selepas perkahwinan yang dirancang bersama Amyra Rosli terputus di tengah jalan, kini Dazrin Kamaruddin telah menemui cinta baru dan bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Gadis bertuah yang berjaya mencuri hatinya adalah seorang ketua pramugari yang bernama Nur Fazulin Razali. Dazrin dan Fazulin bakal bernikah pada 6 Mei ini di Hotel Avilion Legacy, Melaka kira-kira jam 11 pagi.
Dazrin telah menemui bakal isterinya yang bekerja di sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Jeddah menerusi aplikasi Smule kira-kira 2 tahun yang lalu. Kata Dazrin:-
Alhamdulillah jodoh saya sudah sampai dan Insya-Allah saya dan bakal isteri akan melangsungkan pernikahan pada 6 Mei. Kami akan bernikah terlebih dahulu sebelum mengadakan majlis persandingan pada Julai depan di Melaka juga.
Sebenarnya aplikasi Smule yang telah mempertemukan kami kerana minat kami terhadap nyanyian. Sejak itu hubungan bertambah akrab walaupun dia jarang berada di Kuala Lumpur kerana bekerja sebagai pramugari berpangkalan di Jeddah untuk menguruskan jemaah Haji dan Umrah.
Saya bukan cuba merahsiakan mengenai hubungan dengannya tetapi rasanya tidak ada apa yang perlu digembar-gemburkan memandangkan masih belum ada ikatan sah dengannya. Sekarang sudah ada perancangan dan tarikh nikah bolehlah saya bercakap mengenainya secara terbuka.
Tahniah diucapkan buat Dazrin dan Fazulin atas berita gembira ini. Semoga segala perancangan dipermudahkan. Sama-sama kita doakan. Sumber Harian Metro.