“Dayus!” – Didakwa ‘Plan’ Culik Anak & Pukul Lufya, Bekas Suami Tegaskan Semua Fitnah

Hiburan

“Dayus!” – Didakwa ‘Plan’ Culik Anak & Pukul Lufya, Bekas Suami Tegaskan Semua Fitnah

Semalam, media sosial digemparkan dengan satu khabar mengenai pelakon, Lufya dipukul dengan kayu di bahagian kepala dan badan kerana ingin menyelamatkan anaknya dari diculik di sebuah taman.

Perkhabaran tersebut telah meraih banyak perhatian dari orang ramai dan ada mengaitkan kejadian yang berlaku dengan bekas suaminya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Advertisement

Ada beberapa netizen yang menuduh bekas suaminya itu yang membuat plan menculik ini dan mendakwa dia sebagai lelaki dayus.

netizen tuduh bekas suami Lufya plan culik

Tak sure but memang kerja ex husband dia ni.. dayus.

Untuk mendapatkan kepastiaan, pihak Harian Metro telah menghubungi Hafiz dan dia sekerasnya menafikan bahawa insiden yang berlaku adalah berpunca daripada dirinya seperti yang didakwa oleh sesetengah netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz)

Menurut beliau, dia masih boleh berfikiran waras dan tidak tergamak untuk melakukan kekerasan semata mahu bertemu dengan anak perempuannya.

Dalam pada itu, dia turut memberitahu dirinya bukanlah seorang pendendam dan hal lalu yang dilalui bersama Lufya itu merupakan masa lalu serta mengakui sudah move on.

Hafiz memberitahu dia mengetahui insiden yang berlaku melalui media sosial selepas ada yang menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram.

Sekadar info, semalam difahamkan Lufya telah dipukul oleh seorang lelaki dengan menggunakan batang kayu dan disebabkan itu dia mengalami beberapa kecederaan di bahagian muka serta badan.

2 years ago

"I'm A Fighter" - Dipukul Guna Kayu Di Kepala Dan Badan, Lufya Syukur Dapat Selamatkan Anak Dari Diculik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...