January 24th, 2011

aizat

Tahun 2011 nampaknya memang membawa tuah kepada Aizat. Yang pertamanya, tiket showcase Aizat pada 29 Januari ini sudah pun habis dijual walaupun promosi tak dibuat langsung di mana-mana media. Dan yang kedua, khabarnya Datuk Siti bakal menyanyikan lagu ciptaan Aizat untuk album terbaru Datuk Siti nanti. Hebat tak hebat si Aizat ini kan?

[note]Memang betul dia (Siti Nurhaliza) ada meminta lagu daripada saya & saya sudah pun memberikan kepada beliau. [/note]

Abang Nara taknak cakap banyak cuma inilah contoh anak muda yang betul-betul bekerja keras untuk masa depan dia. Respek dan kagum sungguh dengan kesungguhan Aizat untuk memajukan diri sendiri. Dan paling Abang Nara kagumi ialah sikap Aizat yang begitu teliti merancang masa depannya.

[note]Saya sentiasa berfikir ke hadapan dan setiap dua tahun, saya akan memikirkan perancangan untuk terus mengukuhkan nama saya sebagai seorang anak seni. Alhamdulillah, sejak saya menceburkan diri dalam bidang ini, apa yang saya rancang semuanya menjadi kenyataan. Saya tidak mahu terburu-buru dan menyimpan angan-angan setinggi angkasa seandainya saya tidak mampu melakukannya. Setakat ini, strategi yang telah saya aturkan semuanya berjalan dengan baik. Sekarang ini, saya sudah merangka perancangan seterusnya untuk dua tahun akan datang. [/note]

Untuk Aizat, teruskan sikap down to earth dan teruskan mencipta lagu-lagu yang mantap. Untuk artis-artis yang baru nak naik, mungkin boleh jadikan Aizat sebagai penanda aras. Belajarlah apa yang patut dari Aizat. Bak kata orang tua, malu bertanya sesat jalan, malu belajar bodoh selamanya.

P.S: Hari ini hari terakhir untuk anda mendapatkan Pizza atau Pasta bersama Ice Lemon Tea hanya dengan harga RM15 (harga asal RM36) di Allegro, Subang Jaya. Kesedapan dijamin 100%.  Boleh beli voucher offer ini di website MilkADeal.


Comments are closed.

Loading...