January 12th, 2011

konsert aizat

Pergh. Gila kagum diri ini apabila mendapat tahu tiket Konsert Aizat di Wisma Bentley Music 29 Januari ini dah sold out. Yes, tiket sudah habis. Yillek. Tak ada dah. Memang meriah gila-gila sambutan yang diberikan. Tahniah kami ucapkan kepada Aizat atas pencapaian ini. Lagi 2 minggu konsert nak mula tiket dah habis dah.

konsert aizat

Teringat kami masa Aizat mula-mula dulu kat AF. Tak ingat dah AF berapa tapi memang nampak ada bakat. Cuma badan Aizat ketika itu agak berisi. Keluar AF Aizat agak menyepi. Tapi selepas itu kembali dengan imej baru dan yang penting kembali dengan lagu-lagu yang mantap-mantap belaka. Fresh from the farm (terbaik dari ladang) kalau orang putih kata.

Sebenarnya Aizat boleh dijadikan kayu pengukur kepada artis-artis yang baru nak naik. Usaha itu tangga kejayaan. Ikhlas kami cakap, Aizat sememangnya berjaya kerana kerja kerasnya. Muka Aizat tak adalah handsome sangat (manis tue ada). Tapi hasil karya Aizat memang tip top. Kiranya rakyat Malaysia sekarang memang mementingkan mutu bukannya hanya memandang rupa. Kalau lagu sedap, confirm anda akan top.

Good job Aizat. Kami kagum dengan anda. Jangan lupa like Facebook Aizat ataupun pergi terus ke laman web rasmi Aizat untuk info terbaru tentang Aizat.


Comments are closed.

Loading...