Datuk Seri Vida Tidak Tersinggung Dengan Kenyataan Elyana Tentang Pamoga

Hiburan

Datuk Seri Vida Tidak Tersinggung Dengan Kenyataan Elyana Tentang Pamoga

Pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pesakit kanser tahap 4 boleh sembuh sehingga turun ke tahap 2 kerana mengamalkan Pamoga, pengasas produk tersebut, Datuk Seri Vida memberitahu apa yang beliau katakan itu tidak ditujukan buat Elyana.

Advertisement

Malah, Vida juga tidak tersinggung apabila Elyana mendedahkan beliau tidak pernah meminum Pamoga kerana kandungan gula yang banyak serta gamat yang tidak sesuai untuk pesakit kanser.

Apa yang berlaku adalah secara spontan dan bukanlah dengan niat untuk perli mana-mana pihak. Saya tidak mahu dianggap memaksa sesiapa menggunakan produk saya pula. Bagaimanapun, saya tidak terasa hati dengan kejujuran yang dibuat Elyana baru-baru ini, jauh sekali untuk menyimpan dendam. Saya memohon maaf andainya ada kata-kata saya mengguris perasaan Elyana. Saya memahami keadaannya… Dia hanya cuba menjelaskan supaya tidak timbul kekeliruan. Insya-Allah, saya ada perancangan bersama Elyana.

Terdahulu, Elyana yang mengumumkan beliau menghidap penyakit kanser Limfoma tahap 4 memberitahu tenaganya bertambah setelah meminum Pamoga ketika temubual secara langsung di Gegar Vaganza bersama Vida.  Menurut Elyana, beliau berkata sedemikian semata-mata kerana ingin berbudi bahasa dengan Vida.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...