Written by serenity | December 5th, 2017

Perjalanan Elyana dalam Gegar Vaganza 2017 (GV4)  terhenti 26 November lepas apabila tersingkir dari pertandingan itu. Namun sewaktu membuat ucapan apabila memenangi Anugerah Gelora Vida Vaganza, Elyana mengejutkan ramai pihak bila Elyana mengumumkan bahawa dia sedang menghidap sakit kanser limfoma tahap empat.

Elyana turut meminta individu lain yang mempunyai penyakit sama agar terus kuat menempuh ujian itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Selepas Elyana membuat pengumuman, Elyana telah ditemubual oleh Datuk Seri Vida (DSV) dan dia mengatakan tenaganya bertambah setelah minum Pamoga. DSV dalam video temubual itu juga mengatakan Pamoga boleh membantu menyembuhkan kanser di mana kanser tahap empat boleh turun menjadi tahap dua.

Namun begitu, semalam melalui Instagram Live, Elyana membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah minum Pamoga kerana ia mengandungi kandungan gula tinggi serta gamat yang tidak sesuai untuk pesakit kanser.

Menurut Elyana, dia mengatakan dia minum Pamoga kerana berbudi bahasa dengan DSV, namun kini dia enggan berbuat demikian.

Tak elok untuk pesakit kanser sebab dia ada gamat dan gula. Manis sangat. Orang cakap, saya tak tahu sebab tak pernah cuba.

Hari itu akak cakap minum, biasalah depan kamera kita kadang-kadang orang berbudi kita berbahasa.

Tapi memandangkan orang tidak berbudi dan cuma berbahasa kat saya atas itu, jadi saya nak berterus terang di sini saya tidak minum. Masih ada lagi bukti.

Rakaman InstaLive itu boleh ditonton di bawah:

Menurut sumber penulis, Elyana terasa kerana DSV tidak bersetuju dengan keputusan dari sistem undian like peserta GV4 paling banyak yang berpihak kepada Elyana, sedangkan sistem itu dibuat oleh DSV sendiri, sehinggakan ada yang mengatakan Elyana menggunakan program auto-like untuk dapat like paling banyak.

Sumber itu mendakwa, logiknya, Elyana tidak perlu berbuat demikian kerana dalam kalangan semua peserta GV4 , Elyana yang paling ramai peminat.

Sebelum ini, kenyataan DSV bahawa Pamoga mampu menurunkan tahap kanser dari tahap empat ke tahap dua mendapat perhatian pengamal perubatan dan pesakit kanser yang merasakan kenyataan DSV bahawa Pamoga boleh membantu menyembuhkan sakit kanser mengelirukan orang ramai. – beautifulnara.com

56 responses to (VIDEO)Elyana Terasa Hati Dengan Datuk Seri Vida, Nafi Pernah Minum Pamoga

  1. liz says:

    nafi…bukan dia sdiri ada sebut dia minum pamoga ke…tak silap sehari 2 kali ke 3 kali mcm tu.

    0

    26
    • Anonymous says:

      lain kali sebelum komen,baca dan faham betul2 ye bukan main komen je.kan dia kata dia cuba berbudi bahasa dengan dsv sebab masa tu depan camera mesti la dia jaga air muka dsv.

      67

      0
      • Tanya Je says:

        Apa dlm Pamoga ni sebenarnya? Takde org hantar makmal ke? Setahu aku product lain formulated je. Perasa kurma, delima aja..

        25

        0
        • Anonymous says:

          Gila claim DSV pamoga boleh turunkan kanser tahap 4 ke tahap 2. Hahaha.Kenapa aku x penah baca papers yang dipublish oleh beliau kat journal high impact macam Cell, Nature or Science? Agak2 la nak claim pun. Ni bukannya zaman kuno. Masyarakat dah bijak sekarang. Kesian orang kampung terpengaruh dengan Vida Scammer paling scammed kat malaaysiaa. Pamoga ni jus buah n gamat je pun.

          49

          0
        • Anonymous says:

          Baguslah dia xminum. Sejujurnya aku pun xkompiden dgn produk2 merepek mcn ni. Ujian makmal mana? Lebih2 lagi produk yng perlukn marketing dan promosi yg berterusan. Setakat testimoni mulut je…nak habiskn stok ler tu! Pfttt..

          28

          0
        • Anonymous says:

          Process kat overseas, packaging dalam negara. Yang peliknya, clinical trials pun xde tapi claim macam2. Tolongla jangan terpengaruh dengan pseudoscience.

          24

          0
        • Diva says:

          Tak teringin nk beli Pamoga. Sampai bila nk makan produk2 ni semua. Tiada seorang doktor pun akan ckp suruh consume produk kecantikkan nk sihat. Sihat tu amalan..diet dan gaya hidup. Bukan telan berbotol-botol demi cantik ngok!

          27

          0
    • Miss L says:

      Boleh je jawab sy minum dah ni tambah lg minum pg ptg mlm adoi..Sory Ive lost my respect..

      1

      11
    • Shhh says:

      bc dulu, kalo aku ditempat elyana, aku pun terpaksa ckp benda tu aku pakai, hakikatnya aku tk guna, sbb nk jga nama baik Dato Vida, terpaksa, mcm tu lah elyana rasa…dh tu takan masa Dato Vida bt live ko nk wat perangai…nti org kata dia tk hormat plak org tua..terpaksa lah dia menipu,

      31

      0
      • Jom Berhuhuhuk Sesama says:

        Kalau bagus..bukak je hospital2 jual Pamoga ni je lah. Tapi susah dikkk..nk educate Melayu2 kt luar tu. Mentaliti dan majoriti x belajar sains. Sekolah pun x tinggi. Akhirnya dimanipulasi lah oleh anasir2 yg mcari untung dan peluang…huhuhuk

        8

        0
    • AZ says:

      sahlah pekak dia ni…

      0

      0
    • minah jambu say NO to drugs says:

      tk payah nak terasa hati sangat n jangan hipokrit..kalau tak minum pamoga cakap aje belm minum ! jangan eksen cakap dh minum satu hari dua kali padahal tk minum ape ni ????? dia yg tk minum pamoga dia yg cakap terasa hati pulak ngan ngan DSV huh !

      2

      9
      • kak esah tak kuasa jah says:

        ko ni pun minah, yg dia tak puas hati tu pasal DSV tuduh dia pakai ‘auto like’ kat sistem undian yg DSV sendiri buat. Bukan tak puas hati pasal dia minum ke tak minum tu. pasal dia bohong minum pamoga tu biasa la, kira macam paid review, bukan semua pernah guna pun produk tu, tapi sebab berbayar kena la tipu kata pernah minum pastu puji melambung. baru la DSV boleh tambah collection cincin lagi hahaha

        3

        0
  2. Zaza says:

    DSV,awk bernasib baik kerana interview org yg pndai jaga air muka anda.kalau dpt artis yg jenis berterus terang? dia ckp sy xminum produk dato kerana xelok utk kesihatan sy. Tak merah padam muka dato dibuatnya? Live pulak tu.
    Dah la dakwa boleh turunkan kanser ke tahap 2.tapi sebelom tanya limfoma tu apa? Really dato? I thought u have PHd in Biology????

    76

    1
    • mamy ko says:

      yelah, ada masa kita terpaksa berbohong untuk jaga maruah org lain, tapi yg x best bila dia balik buat mengakuan, tapi rasanya bila dia fikir2 kot ada baik dia mengaku takut ada yg pergi minum kan dh jadi masalah pulak.. yg tukang jual pun jng la benda yg x boleh pun nk mengiyekan, patut lebih matang, DSV boleh ckp, in syaa allah kami ada cuba buat produk untuk pesakit kanser pulak, ckp jujur apa la salah, dia sendiri darah tinggi pun turun naik, dh sembuh ke darah tinggi tu?

      28

      0
      • Anonymous says:

        Bagus Elyana betulkan semula. just imagine berapa ramai yg akan beli pamoga becoz she claimed it helped. Menanggung dosa free. Yang dpt duit DSV.

        33

        0
        • Sila Kunyah dan Hadam says:

          Macam ni lah akak2 ye. Tiada ubat dlm dunia ni yg boleh sembuhkn macam2 penyakit. Kalau Pamoga tu mustajab, semua doktor2 dah tutup klinik. Ingat tu sudah..:()

          16

          0
    • annabella says:

      Dia pun phd bogus. PW Watch duk bantai dia macam bantai jijan seman tapi kecaman vida dapat tak seluas jijan seman kena.

      16

      1
      • Anonymous says:

        dekat pw community mmg boleh dapat byk info….tak sangka artis veteran yg boleh digelar seniwati pun menipu sembuh dari kanser sbb nak jual produk…..org jual produk ni memang suka ambil kesempatan…harap drg yg
        kena kanser tu betul2…

        4

        0
    • Anonymous says:

      Betul. Soalan DSV yang x sesuai. Ambil kesempatan. Aku pun pikir, takkan bagus pamoga ni. Sugar tinggi. Collagen is also not good for cancer patient and menggalakkan cysts. Please korang avoid product with collagen.

      36

      0
      • Bekas Pemakan Kolagen says:

        Dulu kolagen berkesan. Skrg byk sgt jenama2 karot entah2 letak tepung je. Sebab tu la beb bila ambil pil gebu mulus licin segala ni disarankn minum air byk. Padahal air putih lah baik utk kulit. Jangan tertipu.

        10

        0
  3. Bob Barli says:

    Nak promote pun agak2 la DSV. Orang tu dah sakit teruk, pergi amek kesempatan pulak.

    18

    0
  4. che b anak vida says:

    vida sakit jiwa dinosaurrrrrrrrrrrrrrr raaaaaaaaaaaaaa hang minumlah pamoga hang satu hari 24 botoi,,,,,,,,,sure boleh jalannnnnnnnnnnnnn teruihhhhhhhhhhh stage 5………………agak agak ler kalau nak promote “barang” hang……bukan semua orang like u..orrrr like me

    10

    0
  5. miamore says:

    no comment lah. semoga Elyana terus kuat…

    6

    0
  6. Entahla nak says:

    Klau produk tu mmg btul2 berkesan xpe jgk

    2

    0
  7. Entahla nak says:

    Klau produk tu betul2 berkesan tk pa jgk

    0

    0
  8. adelia says:

    mmg utk sakit cancer benda manis (wpun buah, skit2 boleh la) & daging merah (red meat) tak blh sebab dua tu sel cancer sgt suka. mcm mknan buat sel tu.

    11

    0
  9. Corse 848 says:

    DSV patut sedar..lepas satu2 musibah..walaupun byk duit..Tp hati tak tenteram..tidak seperti dulu..dlu amat menyayangi org sekeliling..selalu bantu ini tunggal..selalu bantu wanita..tetapi sekarang..lg byk duit..lagi dia tidak pedulikan org sekeliling dia..janji duit..perhubungan Silatulrahim tidak penting lg..berubahlah DSV..sebelum terlambat..kita di dunia ni sebenarnya perasaan je..suka..kaya..miskin..tu semua perasaan je..last sekali tggal kan itu semua..

    13

    0
  10. nok gebuzzz says:

    pandai2 jer DSV ni ckp boleh kurangkan penyakit kanser..amik kesempatan pd elyana.nasib elyana ni jujur kalau x ,x pasal2 yg mengidap kanser tu nak mnm pamoga…nak jual product agak2 la..

    10

    0
    • Anonymous says:

      Jujur sebab terasa hati ngan dsv.. klu x mengaku je lah sepanjang masa… yelah kan, nk jg air muka.. tp masa sebelum keluar tu beria2 kot cakap minum pagi petang siang malam.. klu ye pun, cakap jelah ‘dah, saya dah cuba’… kipas sgt.. eh lantaklah, semuga elyana diberi kesihatan. amin.

      7

      2
  11. glamor bukan bermakna org tu ok says:

    Orang melayu ni senang je kena tipu samada dr palsu….datuk beli…dgn agamawan palsu mcm zakir naik yg takde kelulusan agama pun…yg scam rumah dlm negara semua pakai gelaran ustaz…nama ustaz zubir dgn ustaz norsham…kalau scam dlm negara pun tak tau apatah yang datang dari luar negara?

    vida bukan ada phd pun sbb tu perangai pun macam orang bangang…beli gelaran dr dari university yang tak wujud …phd biology konon dahlah degree sastera je….

    teruskan percaya pada yang glamor dalam tv sebab orang Melayu jenis malas buat research…asal masuk tv semua betul….

    7

    8
    • Zira says:

      Zakir Naik taraf dia lebih daripada ahli agama/ustaz.Apasal aku cakap macam tu?Sebab ilmu dia tinggi,dia seorang doktor perubatan,pengkaji al-quran dan bibble sampai boleh buat comparison bila berdekat dengan orang Kristian dalam ceramah dia.Tolong jangan samakan beliau dengan ustaz-ustaz penipu lain la.Dia bukan keluar air liur untuk jual produk2 dia macam penipu lain yang kau cakap tu.

      23

      1
      • Sumandak says:

        Yang Ni aku setuju. Aku pun dengar jugak ceramah dia ni. Senang faham..
        Ari tu ada kawan office susah payah minta tlg kawan belikan air botol yang dibacakan yassin utk anak minum supaya lulus periksa. I mean.. what the #*%¢.. siap d jamin lagi tu lapang otak Dan dada bila minum air tu.. adoi.. mudah sungguh org melayu tertipu.
        It’s a shock bila dengar dsv ckp pamoga boleh sembuhkan kanser.. please becareful. Yg mau ambik supplement kesihatan sebaiknya rujuk doctor dulu..

        2

        0
      • Anonymous says:

        haha org melayu je bodoh diperbodoh zakir naik tu,,,ceramah kat india tv dia ditaja saudi..tanpa saudi dia takkan femes…org malaysia takkan sedar tentang hakikat ilmu dgn glamour…takkan dpt beza penipuan dgn hakikat sbb org melayu asal masuk tv…org tu mesti betul…kat luar dia bg cermah support osama laden,…tgk berapa ramai dah org melayu ikut geng berani mati…sbb ikut2 …tp takde ilmu dan malas buat kajian…

        1

        2
    • Anonymous says:

      ko nk mengomen pun hagak2 la..xsemua disebab kan org lain ko nk petik nama2 org..ko dh pernah duduk semeja dgn zakir naik ke yg ko tahu dia xde kelulusan tu.. sedih la nyah..

      1

      1
  12. Farhan says:

    Korang yg lahir tahun hujung 70an, mesti pernah dgr atau minum tonik warna hijau, dia ubat utk tenaga, menahan sakit, berbagai bagai kelebihannya, tpi pd pertengahan tahun 80an, dia diharamkan oleh kementerian kesihatan. Jikalau kita ambil sesudu pagi dan mlm, bgn tido senang, demam susah nak dpt, kuat kerje, ada tenaga extra, boleh menang 100m sprint, sama dan ia sebijik dgn pamoga skrg, pamoga, dia x sembuhkan penyakit, dia cuma, menahan penyakit, mcm bius, org2 yg minum akan ada tenaga extra boleh berkerja. Sma mcm tonik yg pernah diharamkan dulu. Delima? Yg di letak hanya flavour, ok, Kita blend sndri delima, habatusauda, halia, kita minum? Tpi kita x dpt tenaga extra itu? Even dlm kopi campuran tenaga tongkat ali, dan yg sepesennya, pun ada diletak kandungan itu, kita perhatikan kandungan ramuan redbull, byk kan…biasa kita tahu ubat2 yg memberi kita extra tenaga ni adalah drug, so, apakah kandungan yg terkandung didalam pamoga yg boleh memberikan kita tenaga itu? Siapa yg jawab betul sya belanja dia mkn dinner..

    4

    1
  13. Shhh says:

    Dato Vida ni da masa aku respect dkt dia, sbb berani melabur, utk femes kan produk dia..tpi bila dia bukak je mulut, mcm org tak reti berhenti, tu yg kkdg rasa annoying, ckp mcm ikut sedap mulut je, msa dia interview Elyana tu, siap pegang Pamoga, aku rasa msa tu, apa pulak makcik ni, org patutngya bg semangat utk lawan kanser..ni nmpk lbh kepada nk promote produk dia…blh plak ckp kanser tahap 4 blh turun tahap 2, mmg lost respect aku kt dia,..doktor ke pakar kesihatan yg bertauliah pun pening kepala nk rawat kanser ni..sbb kanser mmg tak da penawar. melainkan makan ubt, pegi kimo, si Dato Vida ni plak ckp mcm dia tahu segala2nya..kalo mcm tu sia2 je doktor2 ni belajar tinggi kalo dgn minum pamoga blh rawat kesihatan, tk yah bt hospital dn klinik lepas ni…

    4

    0
  14. mak cute says:

    bagus la elyana…jgn sembarangan minum…takut mengaktifkan lagi sel kanser…DSV sukati claim produk dia bagus…hospital akan beli la kalo produk ko bagus leh sembuh mcm2 pnyakit…x perlu org kanser dok kimo…telan je pamoga ko tu blh sembuh…

    3

    0
  15. Anonymous says:

    Menangguk diair keruh. Jgn besok sampai terbakar kepala ko atas titi disana.
    Nak berniaga ..buat cara Islam. Propa je lebih. Jgn kelentong. Kalau berkesan dah lama satu dunia datang beli. Entah2 ada steroid atau caffein. Mcm ko minum kopi. Mesti la cergas.

    7

    0
  16. Anonymous says:

    Sudah masa ada org buat uji kaji utj membuktikan si gemok ni menipu…

    4

    0
  17. Org Johor says:

    Org Kelantan mmg kuat menipu..

    8

    1
    • Megan Marker says:

      Konon2 orang Johor, tolong tukar nama tu kepada Org x matang

      1

      1
    • Dia says:

      penipu tu sikap individu bkn asal mana org tuu…
      bodoh jugak sikap individu bkn asal mana org tuu…
      mati esok org lain jugak yg mandikan/kapankan/sembahyang kan/usung kan/ tanam kan kita, so berbuat baiklah dgn org, ikut apa yg ALLAH&NABI suruh&larang… insyaallah akan selamat di dunia & akhirat… aamiin

      0

      0
  18. Lupus says:

    Setiap kali aku masuk hospital, pharmacist akan ingat kan supaya jgn mkn pamoga dan sekutunya. Aku sakit SLE now under nephro (buah pinggang). So aku yakin benda tu tak elok utk org yg sakit mcm aku or cancer. Sakit aku ni lebih kurang mcm cancer la.

    2

    0
  19. vida ker says:

    vida ni data doctor dari mana? beli ker atau main letak jer, kementerian pendidikkan sila semak status doctor si vida ni

    0

    0
  20. loversvshaters says:

    Dari awal kewujudan pamoga n produk2 yg seangkatan dgnnya…aku mmg xteringin nak beli. Aku lebih suke mkn buah delima tu terus atau minum je air gamat. Lagi jimatttt…murahhhh…dan berkesannnn.
    Lagi satu….sejak dua menjak kebelakangan ni, si founder produk2 mcm ni kaya dia lain mcm…..so…mesti la kos produk kecik….untung bykkkkkkk!!
    just my 50cents.

    2

    0
  21. hakak says:

    hakak x sokong dsv dan hakak pun bukan peminat elyana.. cuma bila dia kata dia ada kanser, rasa mcm simpati jugak.. boleh je elyana bgtau masa interview tu, tak minum pamoga.. mmg pesakit kanser tak boleh sesuka suki amek apa2 produk kan.. peminat pun boleh faham.. tak payah la ckp minum pamoga.. dah la tipu kata minum, boleh tipu lg tu kata 3 kali sehari.. pastu sibuk buat live kata tak minum plk.. ermm…

    0

    0
  22. naz77 says:

    biasala dlm live kan ko pn otak xle nk piki pe,,, yg salahya vida tu p sibuk cakap minum tak,,, tgk dia pksa dato ram sume minum nak jual2 la tak pyah paksa org minum,,, bagus la elyana betulkan sat g rmai pulak pegi beli minum dah lg truk jdya.. alah yg ckp xbaik menipu better la menipu utk tutup aib org,,, patut elyana ckp camni sy xambik ubat2 mengarut tah pe benda kandungan dlm tu… haahhaha

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Yang aku pelik, die jual product kurus.. apesal die tak kurus2 pown.. hmmm

    0

    0
  24. Masnah says:

    Betul kata elyana..ayah kita dh cuba.. Kandungan gula tinggi…

    0

    0
  25. raksasa meraj says:

    dato vida tu bodohnya simpan sikit di rumah.

    0

    0

Leave a Comment

Optional