Datuk Seri Vida Mohon Maaf Tidak Sengaja Duduk Atas Kubur

Hiburan

Datuk Seri Vida Mohon Maaf Tidak Sengaja Duduk Atas Kubur

Jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida tampil memohon maaf atas tindakan beliau duduk di atas kubur orang lain yang terletak bersebelahan dengan kubur dua orang arwah anak lelakinya baru-baru ini.

Advertisement

Jelas Vida, beliau tidak perasaan terdapatnya ayat dalam tulisan jawi di keliling binaan kubur berkenaan dan apa yang berlaku bukanlah disengajakan.

Saya minta maaf. Saya tak perasaan ada tulisan di keliling pusara itu. Saya duduk memandangkan tak bawa kerusi. Takkan nak duduk mencangkung pula. Kalau kita nak duduk kat kubur cuba netizen bagi cadangan, nak duduk bersila tikar tak bawa.

Terdahulu, Vida menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto menziarahi dua pusara anak lelakinya yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran beberapa tahun lalu. Foto itu mengundang kecaman netizen apabila beliau dilihat berdoa sambil duduk di atas pusara orang lain. Netizen menganggap perbuatan itu tidak beradab serta tidak menghormati ayat-ayat suci yang terletak di binaan pusara berkenaan. Malah, pakaian beliau juga dikatakan terlalu ketat serta tidak sopan untuk menziarahi kawasan perkuburan.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...