June 22nd, 2018

Meskipun bukan bergelar artis, jutawan kosmetik Datuk Seri Vida turut dihimpit pelbagai kontroversi. Namun, disebalik karakternya yang bersahaja, ceria dan penuh gelak tawa, beliau pernah melalui detik paling menyedihkan apabila kehilangan dua orang anak lelakinya dalam tragedi kebakaran beberapa tahun lepas.

Ingin meluahkan rasa rindu dan berdoa, DSV menerusi akaun Instagramnya berkongsi foto beliau melawat pusara arwah anak-anaknya pada 1 Syawal lalu.

Walaupun ramai yang memberikan kata-kata semangat agar beliau kekal tabah, ada juga sesetengah pihak yang mempertikaikan tindakan DSV yang duduk di atas pusara orang lain yang terletak bersebelahan dengan pusara arwah anak-anaknya. Mereka menganggap perbuatan itu tidak beradab.

Penulis sudah membuat sedikit kajian mengenai isu hangat ini agar semua pihak boleh memahaminya dengan lebih baik. Berdasarkan penjelasan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,  hukum untuk duduk diatas binaan kubur adalah makruh. Binaan kubur dianggap sebagai kubur itu sendiri. Oleh itu makruh untuk duduk di atas binaan kubur kerana dianggap sebagai duduk di atas kubur.

Manusia mana yang tidak membuat kesilapan bukan? Tetapi biarlah teguran itu dibuat dengan cara yang lebih baik tanpa sebarang kecaman. Harapnya segala persoalan tentang hukum duduk di atas kubur orang lain terjawab dengan penjelasan di atas. Untuk manfaat kita bersama.

Sumber Berita : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


18 responses to “Duduk Atas Pusara Orang Lain, Datuk Seri Vida Dianggap Tiada Adab?”

  1. viro says:

    sian dia penant.. klu dah badan dia dh cam badak tu x kan nk duduk mencangkung plak.. ACL kang..

  2. Anonymous says:

    aku tak heran sgt duduk kt tembok sebelah… tp tembok tu kan erm dgn selamba nya duduk atas ayat Al-Quran… dah lah pegi kubur dgn pakaian sendat mcm nk tetas jahitan… tegur kang geng kelantan mari meroyan… tak tegur kang makin perangai tak padan dgn usia.. gigih perangai nk org kenal

    • Anonymous says:

      itu bukan ayat al quran pun. itu perkataan melayu yang ditulis jawi ‘ semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya’. pakaian pun nak buat isu, memang sengaja nak cari salah kan?

  3. Lily says:

    Lagi satu eh..kalau2 korNg terlepas pandang..pakaian dia sungguh2 tak sesuai utk menziarahi pusara. Terlalu ketat melampau-lampau!

  4. teruk nau nau says:

    tak takut bisul ke bontot tu kak oii..aku paling takut nk duduk atas kubur2 ni…takut badi mengikut…tapi seriusly wheres is your manner mok cik????

  5. xo says:

    satu hal duduk atas binaan org tu takda adab, satu hal lahi korang tak perasan ker binaan tu ada ayat2 Al Quran tu…. tak HARAM ker ???

    • izaf says:

      Xsilap itu bukan ayat al-quran.sepotong doa dalam bahasa melayu & ditulis jawi

    • Anonymous says:

      yer, itu bukan ayat al quran pun. itu perkataan melayu yang ditulis jawi ‘ semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya’.

Loading...