Datuk Nash Peserta Terbaik Hijrahkan Laguku Minggu Ke-2

Hiburan

Datuk Nash Peserta Terbaik Hijrahkan Laguku Minggu Ke-2

Penyanyi lagenda, Datuk Nash baru-baru ini dinobatkan sebagai peserta terbaik bagi minggu kedua program realiti Islamik Hijrahkan Laguku (HL) terbitan TV Al-HIjrah.

datuk nash
3 years ago

Nash Minta Hentikan Penularan Gambarnya Bersama Kumpulan Tabligh

Advertisement

Bertemakan Growing Up, persembahan minggu kedua malam Sabtu lalu telah meninggalkan kesan mendalam apabila separuh daripada artis memilih untuk membuka persembahan dengan bacaan ayat suci Al-Quran serta potongan doa.

Namun, kekuatan vokal, lirik serta persembahan memukau Nash yang menyampaikan lagu Asli berjaya menambat hati juri lantas diumumkan sebagai juara persembahan dengan peratusan paling tinggi iaitu 77 peratus.

Ia sekaligus menyaksikan Nash membawa pulang wang tunai bernilai RM3,000.

Nash

Bagaimanapun, Nash membuat keputusan untuk menyumbangkan wang kemenangan tersebut kepada salah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang akan dikunjunginya bersama pasukan Hijrah Prihatin Hijrahkan Laguku iaitu Pusat Genius Kurnia.

Sekadar info, Hijrahkan Laguku yang bersiaran setiap Sabtu pada pukul 9 malam mendapat tajaan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan Hotel Premiera Kuala Lumpur.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...