Nash Minta Hentikan Penularan Gambarnya Bersama Kumpulan Tabligh

Hiburan

Nash Minta Hentikan Penularan Gambarnya Bersama Kumpulan Tabligh

Penyanyi veteran, Datuk Nash berkata dirinya tidak berasa selesa apabila foto beliau bersama jemaah tabligh dimuatnaikkan di laman media sosial hingga menimbulkan spekulasi yang tidak bagus di kalangan netizen.

Nashrudin Elias atau lebih dikenali sebagai Nash berkata penyertaan dirinya bersama jemaah tabligh bukan lah perkara yang baharu, dia juga mempunyai alasan tersendiri untuk tidak memberitahu perkara ini kepada masyarakat.

Advertisement
nashrudin

Nash masih aktif dalam dunia seni nyanyian

Melalui temubual bersama Berita Harian, Nash berkata,

Bagi saya, tidak perlulah tular foto berkenaan kerana saya sudah lama menyertai kumpulan tabligh sekitar empat hingga lima tahun lalu. Lagipun, saya tidak mahu cerita ini disebarkan kerana enggan menimbulkan rasa ujub atau riak dalam diri disebabkan berasakan diri lebih baik dari orang lain apabila kisah ini disensasikan.

Dia juga berkata dia sudah lama menyertai kumpulan tabligh ini dan tidak perlu diperbesar-besarkan hal ini, malah dia juga seringkali menyanyikan lagu ketuhanan seperti Ku Dihalaman Rindu, Seruan dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, beliau tetap akan meneruskan kerjaya seni nya terhadap nyanyian walaupun sudah semakin aktif dalam kegiatan keagamaan katanya ketika sesi temubual bersama Berita Harian di sebuah hotel bagi melancarkan single terbaru berjudul Sesuci Ramadan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...