March 21st, 2018

Meskipun merasa terkilan foto cahaya mata perempuan mereka disebarkan sebelum waktunya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan isteri tercinta, Datuk Seri Siti Nurhaliza enggan lagi memanjangkan perkara itu dan memaafkan individu yang menyebarkan foto tersebut sehingga viral di media sosial. Mereka berdua redha dengan apa yang terjadi.

Pihak kami sudah memaafkan individu yang menyebarkan foto bayi kami. Tidak mahu menjadikan ia satu isu sebab saya dan Siti pun sudah redha.

Berbicara mengenai perkembangan kesihatan Siti Nurhaliza, Datuk K memaklumkan isterinya itu mengalami pendarahan yang banyak semasa pembedahan melahirkan anak mereka dan terpaksa ditahan di wad untuk beberapa hari lagi dengan pemantaun doktor.

Buat masa ini Siti masih dalam pemantauan doktor kerana dia kehilangan banyak darah semasa pembedahan. Sekarang dia perlu ditambah darah dan mungkin dalam masa dua atau tiga hari lagi dia boleh pulang.

Terdahulu, Siti Nurhaliza membuatkan seluruh rakyat Malaysia teruja apabila melahirkan seorang bayi perempuan pada Isnin lalu. Buat masa ini, bayi tersebut menggunakan nama gelaran Fatimah Az-Zahra. Beliau bakal mengumumkan nama sebenar dalam tempoh seminggu mengikut sunnah nabi.

Sumber Berita : mStar Online


61 responses to “Datuk K Dan Siti Nurhaliza Maafkan Individu Sebar Foto Anak”

  1. Anonymous says:

    Aku ingat Mak Iti Tak buat apa kt muka . Tapi makin tembam jer ……

  2. Jeslina Aziz says:

    Hati ni berat je rasa yang Siti Nurhaliza ada buat sesuatu kat muka dia. huhu

  3. Pikio pikio says:

    Wahhh. Video anak nangis pun viral ekk. Yg bukak tu sebenornya curious sebab katanya tangisan baby pun merdu. Aku tenguk tangis baby tu biasa jer. Aku ingat tangisan baby tu ada rentak Cinta bukan di atas kertas?? Tertipah tertipu. Ya la paham kan excitement first time jadi ibu. Baby’s cute baju …… Next video baby meneghap. Baby meghangkak. Baby mula panggil mummy CT dan daddy DK. Excitednyer!!!

  4. Anonymous says:

    Laa ape batak sgt memasing ni. Kan dia ckp bg masa. Ko tunggu jela. Time tu dia akan upload sehari 30 gambar sampai korang pulak termuntah nk tgk termasuk aku. Haaa padan muka memasing!

  5. Anonymous says:

    Siapa yg question apa siti buat ni nampak sgt semua spesis makcik bawang dgn mentaliti orang kampung or ummah PPRT. Sejenis yg tak paham apa maksud privacy .. Yelah , sebab orang bandar je lah ye yang paham apa maksud privacy??

    Lepas tu ade pulak salahkan keluarga siti sebab tak control seketat2nya and pasang bodyguard. Kalau dibuat mcm tu , korang label kekwat la plak kan? Lagi2 plak , dia dah limit kan pada kaum keluarga je untuk visit. Korang rasa kalau dah beritau kat media your intention nak announce/pblish gmbr baby in 7 days, isnt that enough warning pada family members? Ingat senang ke nak sound family member tanpa lukakan hati diorang?

    Anyway , kesian kat uols yg question her privacy. Stok stok kampung cam uols ni mmg jenis terkinja2 nak ambil gmbr dgn artis kalau terserempak . LOL. Jakun + batak..

Loading...