(TAHNIAH) Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Hiburan

(TAHNIAH) Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Bayi Perempuan

Tahniah kami ucapkan kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suaminya atas kelahiran cahaya mata  pertama mereka selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Siti Nurhaliza selemat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3.55 kilogram menerusi pembedahan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada jam 8.17 pagi tadi. Difahamkan, ibu dan bayi dalam keadaan sihat.

Berita gembira itu dikongsikan oleh pengurusnya menerusi sebuah kenyataan rasmi di akaun Instagram Siti Nurhaliza.

Berita kehamilan Siti Nurhaliza diumumkan pada 13 Oktober lalu dan mendapat sambutan yang baik daripada peminat yang tidak henti mendoakan segalanya dipermudahkan sehingga ke proses kelahiran. Sebelum ini beliau pernah mengalami keguguran pada tahun 2015 ketika usia kandungan memasuki dua bulan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.