Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri sebelum ini diselar ibu kandungnya sendiri, Bonda Rozita Ibrahim berikutan tindakan keterlaluannya dalam mencari simpati ketika dijangkiti COVID-19 setelah pulang bercuti dari Turki.
Tegur Bonda kepada anaknya itu, Aliff seolah-olah seronok menjadi perhatian dan telah menyusahkan ramai termasuklah isteri dan anak-anaknya di rumah.
Dari kaca mata masyarakat, Aliff mungkin dilihat seabgai seorang yang gemarkan kontroversi dan suka melakukan ‘onar’ di media sosial namun bagi ahli keluarga usahawan itu sendiri, dia sememangnya mempunyai sisi yang lain daripada apa yang ditunjukkan di media sosial.
Perkara tersebut turut diakui adik Aliff iaitu Aiman Hazeem di mana dia mengakui abang seibu berlainan bapa itu seorang yang sangat baik hati dan pencinta haiwan.
Aiman yang juga merupakan selebriti media sosial dan Youtuber turut menjadikan Aliff sebagai idola yang dia kagumi namun bukan di atas sebab status atau perkara-perkara tular yang pernah dicetuskan olehnya.
Aliff dalam media sosial memang sengaja cari publisiti, semua niat marketing tapi sebenarnya dalam kehidupan realiti, dia sangat lain tapi semua orang ada pandangan sendiri.
Kata Aiman, dia sangat sayangkan Aliff sebagai seorang abang dan sanggup menjaganya apabila tua nanti.
Terdahulu, setelah Aliff disahkan positif COVID-19, isteri tersayang, Datin Nur Shahida pula menerima nasib yang sama setelah beberapa hari pulang bercuti dari luar negara.