“Minta Maaf Dengan Netizen Tapi Mak Sendiri Tak Buat..” Rozita Ibrahim Kecam Tindakan Aliff Syukri Berlagak Nazak

Hiburan

“Minta Maaf Dengan Netizen Tapi Mak Sendiri Tak Buat..” Rozita Ibrahim Kecam Tindakan Aliff Syukri Berlagak Nazak

Ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri, Bonda Rozita Ibrahim tampil menyelar tindakan anaknya itu kerana memohon maaf kepada netizen setelah disahkan positif COVID-19 tahap tiga semalam.

Aliff Syukri Positif covid19
2 years ago

Positif COVID-19 Tahap Tiga, Datuk Aliff Syukri Mohon Maaf Andai Umur Tak Panjang

Advertisement

Rozita mempertikaikan tindakan Aliff yang terlalu berlebihan menjaja tentang keadaan kesihatan dirinya bagi meraih simpati ramai.

Katanya lagi, Aliff beriya memohon maaf pada netizen namun tidak pada ibu sendiri yakni dirinya.

Kau memang raja viral dan tak ada kerja di sana. Wasiatkan semua harta kau kepada Datin Shahida dan anak-anak, beri sedikit kepada mak juga.

Kau janganlah nak poyo sangat, tangan gatal menaip bagai nak rak. Hadis dan doa mana entah yang kau muat naik.

Ujar Rozita, disebabkan tindakan anaknya itu, dia dan beberapa ahli keluarga yang lain telah menjadi mangsa kecaman netizen.

Jelasnya, Aliff Syukri memang jatuh sakit sejak pulang dari Turki namun kini sudah sihat sepenuhnya.

Namun begitu, usahawan tersebut tidaklah terlalu nazak seperti yang dipaparkan Aliff Syukri di media sosial Instagram miliknya, semalam.

Malah, pengasas jenama Sendayu Tinggi itu sebenarnya sudah memberi teguran dan amaran buat Aliff namun tidak dibalas sehingga ke hari ini.

“Kau seorang saja yang sakit, sudah sembuh tapi jangalah kongsi seperti sedang nazak sangat. Muat naik hantaran minta maaf dengan netizen tapi dengan mak sendiri tidak. Sebelum netizen, lebih baik mohon ampun dengan mak dulu.” tulisnya lagi.

Semalam, media hiburan tempatan melaporkan Datuk Aliff Syukri telah mengesahkan bahawa dia dijangkiti wabak tersebut yang menyerang bahagian paru-parunya.

Dia juga dilaporkan sempat memohon maaf kepada peminat kerana risau umur pendek.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...