Jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida (DSV) baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia kelihatan sedikit berlainan dari segi gaya dan penampilan kerana mengenakan turban dan barang kemas yang minimal.
Namun begitu, penampilannya itu dikritik rakan artis, Michael Ang yang berseloroh mengatakan DSV seperti pondan.
View this post on Instagram
Michael sebelum itu ada meminta DSV agar menukar imej pemakaian tudung yang baginya, kelihatan seperti ‘ibu jadian’.
Dato kena tukar imej tudung dia. Sekarang tudung dia nampak macam ibu-ibu dari Indonesia. Tapi bukan ibu betul tau, ibu jadian. Ibu yang terpisah. Pondan laa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil memberikan reaksi yang pelbagai dan ada juga yang bersetuju dengan pendapat Michael Ang itu.
Kata netizen, Michael hanya bercakap jujur dan ia menunjukkan bahawa pengarah itu merupakan kawan yang baik dan tidak berselindung selain menegur secara terus.
Kawan yang baik..bila dia berani tegur betulkan kita bila kita nampak tak betul.
Antara komen lain yang ditinggalkan netizen adalah meminta agar usahawan itu berpakaian tidak melampaui batas kerana ia lebih cantik dan menawan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.