“Dato’ ‘Call’ Peguam Dato’, Saya ‘Call’ Peguam Saya” – Iman Troye Bergaduh Dengan Aliff Syukri?

Hiburan

“Dato’ ‘Call’ Peguam Dato’, Saya ‘Call’ Peguam Saya” – Iman Troye Bergaduh Dengan Aliff Syukri?

Penyanyi jelita, Iman Troye telah menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik satu video terbaru di akaun TikToknya.

Menerusi video tersebut, ia memaparkan Iman sedang memandu ke balai polis susulan pergaduhannya bersama usahawan terkenal, Aliff Syukri di satu sesi siaran langsung (live) di TikTok.

Advertisement

Iman Troye

Difahamkan, pergaduhan tersebut tercetus akibat satu hantaran yang dibuat oleh penyanyi itu mengatakan dia tidak bersetuju sekiranya usahawan itu mahu mengeluarkan lagu raya.

Dia nak keluar lagu juga, borak macam sedap sangat lah suara dia tu kan.

 

Orang dah halang bapa, anak pula keluar lagu. Lepastu bapa dia nak keluar lagu juga.

@imantroye #stitch with @Aliff Syukri Kamarzaman ♬ original sound – imantroye

Iman Troye turut berkata dia tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya isu ini mahu dibawa ke mahkamah kerana menurutnya, pendapatnya itu dipersetujui oleh orang ramai.

Dia tak puas hati dengan apa yang Iman cakap.

 

Dia nak buat live, Iman ikut tapi jadi besar sebab kami bergaduh dalam live tu. Saya dah berbincang secara elok tapi dia tak boleh terima.

Dia turut berkata dia sedia memberi kerjasama sekiranya saman yang katanya bakal dikenakan kke atas Iman ini masih ingin diteruskan.

Kalau betul Dato’ nak saman saya, Dato’ call lawyer Dato’, saya call lawyer saya. Tak ada masalah.

 

Kalau ini pengakhirannya, tak apa. See you in court.

@imantroye see you in court ya. @Aliff Syukri Kamarzaman ♬ original sound – imantroye

Walau bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen berpendapat perkara ini merupakan salah satu strategi marketing mereka untuk mempromosikan lagu raya terbaru mereka.

Siti sarah iman troye
1 year ago

"Rindu, Rindu Sangat" - Iman Troye Ziarah Pusara Sarah Raisuddin, Terkenang Arwah Sering Ucap Hari Lahir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...