Abang Nara sebenarnya ternanti-nanti sama ada program realiti Keeping Up With The Maembong akan menjadi kenyataan. Menarik juga sebenarnya apa yang terjadi di sebalik tabir kepada adik beradik Maembong ini. Yang paling popular sudah tentulah Emma Maembong. Itu tidak boleh dinafikan lagi. Namun khabar angin terkini yang sedang bertiup kencang ialah kakak kepada Emma iaitu Effa Maembong dikatakan sedang menjalin hubungan percintaan dengan Dato’ Boy Iman.
Desas-desus ini bertiup kencang apabila Effa Maembong sendiri memuatnaik gambarnya bersama Boy Iman dengan menulis caption penuh jiwang. Antaranya “DBI, cinta mati”, “Tapi jgn ambil dia dari saya.. Separuh hati saya ada pada dia. One of kind. Love DBI,” dan macam-macam lagi. Terasa macam tengah tengok budak sekolah bercinta pulak. Tak apalah yang penting bahagia.
Untuk makluman, Dato’ Boy Iman masih bergelar seorang suami. Perkahwinan yang dibinanya kini sedang dalam proses perbicaraan di mahkamah akibat masalah yang dikatakan berpunca daripada kewangan. Diharap beberapa gambar Boy Iman dan Effa Maembong ini tidak akan menjejaskan perbicaraan mahkamah. Mungkin Effa dan Boy perlu bersabar untuk meluahkan rasa cinta sehingga perbicaraan berakhir. Tak gitu?
Apa pun, kedua-duanya sama cantik dan sama padan. Adik beradik Maembong ini memang mempunyai kejelitaan mereka yang tersendiri. Untunglah jejaka-jejaka yang dapat memperisterikan mereka. Tak gitu? Apa kata anda?