Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Boy Iman Bakal Becerai?

Berpunca daripada masalah kewangan yang telah mengugat rumah tangga mereka sejak tiga tahun lalu, pelakon Boy Iman mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya Kumala Dewi Anas.

Berita mengenai beliau dan isteri yang sedang menghadapi masalah telah dilaporkan dalam sebuah ruangan di akhar mingguan. Mengakui pernah menjalani sesi kaunseling untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, namun Kumala tetap ingin berpisah.

Advertisement

Apa yang dilaporkan tentang keretakan rumah tangga saya itu benar, saya sudah berusaha untuk selamatkannya dan pergi ke sesi kauseling pada awal bulan Februari lalu.

Namun, dia (isteri) tetap tidak mahu meneruskan hubungan ini dan telah memfailkan perceraian di mahkamah untuk berpisah.

Boy  juga turut memberitahu kegagalan beliau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dalam memberi nafkah adalah faktor utama isterinya hendak bercerai. Terpaksa menanggung kerugian yang besar apabila perniagaan Celebrity Bazaar yang dijalankan pada Oktober 2014 yang tidak mendapat sambutan, sedikit sebanyak telah membuatkan beliau menghadapi masalah kewangan.

Perkara ini bermula sejak bisnes saya mula merosot, Celebrity Bazaar yang saya anjurkan pada 15 Oktober 2014 lalu di Dataran Underground, Dataran Merdeka gagal mendapat sambutan.

Disebabkan perkara itu, saya terpaksa menanggung kerugian sebanyak lebih RM65,000, apabila pihak Dataran Merdeka membatalkan kontrak dari tiga bulan kepada sebulan dan saya terpaksa memulangkan semula duit kepada lebih 70 peniaga.

Hati seorang perempuan ini memang cukup tabah, tetapi jika sudah terlalu bersabar satu hari mereka akan rasa bosan juga. Jika kita sudah tidak nampak jalan untuk menyelamatkan rumah tangga, adalah lebih baik untuk berpisah sebelum timbul masalah lebih besar pada masa hadapan.

Sumber Berita: mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top