January 25th, 2017

Respek!!! Itu yang Abang Nara dapat katakan apabila menonton video permohonan maaf Dato’ Aliff Syukri ini. Sebelum ini telah viral salah satu babak di dalam rancangan OhAbangKosmetik di mana beliau telah menyamar sebagai seorang pengemis dan meminta kopiah kepada seorang peniaga. Si peniaga telah tampil menjelaskan apa sebenarnya terjadi dan mendakwa dirinya telah diaibkan oleh Dato’ Aliff Syukri. Malah ramai pengguna laman sosial yang kecewa dengan sikap beliau di dalam babak tersebut kerana menjatuhkan maruah peniaga tempatan.

aliff syukri

Enggan memanjangkan lagi kontroversi ini, Dato’ Aliff Syukri telah memuatnaik sebuah video memohon maaf kepada peniaga kopiah tersebut. Menurut beliau, apa yang dilakukan hanyalah tuntutan kerja buat rancangan terebut. Tonton video tersebut di bawah:-

Assalamualaikum. Saya mengambil kesempatan ini, untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas apa yang telah terjadi. Terutama sekali kepada Saudara penjual Kopiah yang tersinggung dengan kenyataan saya dalam rancangan tersebut. . . Saya juga ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada anda semua atas teguran yang membina. Saya ambil ini sebagai pengajaran untuk diri saya. Saya juga berharap agar anda semua terus menyokong saya kerjaya saya dan menyokong program ini. Sekali lagi saya ingin memohon maaf pada semua yg terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. . . Yang baik itu datang daripada Allah, dan yang kekurangan itu datang dari diri saya sendiri. Saya amat hargai sokongan moral anda semua. Terima kasih. Salam sayang dari #ohabangkosmetik sory saya lambat respon saya tak perasan jadi viral sebab tengah shooting filem @badangthemovie seharian . . Cc @raqimball @imanmustafa23 @fairilkhalil

A video posted by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Tahniah diucapkan kepada Dato’ Aliff Syukri kerana mengakui kesilapan dan memohon maaf atas apa yang terjadi. Itu adalah salah satu tanda sikap orang yang berhemah, berkeperibadian tinggi dan matang. Apa pun semoga kesilapan seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan.


Comments are closed.

Loading...