Respek!!! Itu yang Abang Nara dapat katakan apabila menonton video permohonan maaf Dato’ Aliff Syukri ini. Sebelum ini telah viral salah satu babak di dalam rancangan OhAbangKosmetik di mana beliau telah menyamar sebagai seorang pengemis dan meminta kopiah kepada seorang peniaga. Si peniaga telah tampil menjelaskan apa sebenarnya terjadi dan mendakwa dirinya telah diaibkan oleh Dato’ Aliff Syukri. Malah ramai pengguna laman sosial yang kecewa dengan sikap beliau di dalam babak tersebut kerana menjatuhkan maruah peniaga tempatan.
Enggan memanjangkan lagi kontroversi ini, Dato’ Aliff Syukri telah memuatnaik sebuah video memohon maaf kepada peniaga kopiah tersebut. Menurut beliau, apa yang dilakukan hanyalah tuntutan kerja buat rancangan terebut. Tonton video tersebut di bawah:-