“Datang Bawa Bodyguard, Main Terjah Acah Tunjuk Bagus” – Adik Hidayah Pula Tak Puas Hati, Hutang Ali Puteh Masih Belum Bayar

Hiburan

“Datang Bawa Bodyguard, Main Terjah Acah Tunjuk Bagus” – Adik Hidayah Pula Tak Puas Hati, Hutang Ali Puteh Masih Belum Bayar

Disangka sudah selesai kemelut antara Ali Puteh dengan bekas kakak iparnya, Nor Hidayah, muncul pula komen tidak puas hati daripada adik Hidayah susulan kedatangan Ali ke kediaman mereka bagi tujuan membayar hutang saman.

Bekas adik ipar tak puas hati

Luahan tidak berpuas hati itu turut dimuat naik Ali Puteh menerusi satu hantaran di Instagram Story untuk tatapan pengikut media sosialnya.

Advertisement

Ali puteh
10 months ago

(VIDEO) "Saya Datang Sendiri Untuk Bayar" - Ali Puteh Ke Rumah Hidayah Serah Duit Saman RM75,000, Akhiri Sengketa

Pulak, dah adik Dayah pula naik story macam tak berpuas hati pulak, dah sebut saman belum bayar pulak. Semalam datang nak bayar tak nak pulak, alahh pulakk.

Menerusi perkongsian seorang lelaki bernama Zainuddin itu, dia mendakwa hutang yang perlu dibayar Ali masih belum dilunaskan.

Main terjah datang ke rumah Hidayah

Malah, kedatangan Ali ke kediaman mereka pada hari itu juga dianggap mengejut dan ‘main terjah’ semata-mata.

Datang beritahu dulu, jangan main terjah dan tunjuk awak tu bagus. Kalau beritahu kita boleh layan macam VVIP, sediakan kopi panas.

Adik hidayah tak puas hati

Datang bawa bodyguard, lepas tu acah-acah seperti kami tidak layan. Macam mana nak layan kalau main langgar. Kami bukan kejam sangat. Kalau beritahu kami beri layanan VVIP.

Terdahulu, Ali dilaporkan berkunjung ke rumah Hidayah bagi membayar hutang sebanyak RM75,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey itu.

Namun begitu, wakil keluarga Hidayah meminta agar Ali membayar wang hutang tersebut melalui peguam atau didepositkan ke dalam akaun bank.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...