(VIDEO) “Saya Datang Sendiri Untuk Bayar” – Ali Puteh Ke Rumah Hidayah Serah Duit Saman RM75,000, Akhiri Sengketa

Hiburan

(VIDEO) “Saya Datang Sendiri Untuk Bayar” – Ali Puteh Ke Rumah Hidayah Serah Duit Saman RM75,000, Akhiri Sengketa

Pelawak Ali Puteh menerusi satu hantaran media sosial TikTok dilaporkan hadir sendiri ke kediaman bekas kakak iparnya, Nor Hidayah bagi menyerahkan wang tuntutan saman bernilai RM75,000, semalam.

Ali Puteh akhirnya menarik nafas lega setelah dia bertemu empat mata dengan Hidayah bagi menamatkan segala persengketaan yang berlaku antara mereka sebelum ini.

Advertisement

Yang berhutang saya, saya datang sendiri untuk bayar.

Maklum Ali, jumlah hutangnya terhadap Hidayah berjumlah RM75,486.48 termasuk faedah dan turut tampil dengan surat akuan penerimaan yang menyatakan dia sudah menyerahkan wang tersebut kepada Hidayah.

Saya harap dengan selesainya urusan ini tiada lagi dakwa-dakwi tentang urusan hutang ini.

Saya berharap Hidayah dan keluarga dapat memberi kerjasama dan sekiranya ada perkara berbangkit saya tidak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.

Sebelum ini, adik kepada Allahyarham Abam Bocey itu dilihat terpaksa menjual kereta jenis Honda Accord dan barang peribadi yang lain seperti trofi kemenangan dan motosikal jenis RXZ bagi mengumpul wang untuk membayar hutang saman fitnah terhadap Hidayah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ali puteh
2 months ago

“4 Tahun Saya Tak Pernah Tengok Dia, Boleh Saya..” - Ali Puteh Menangis, Akhirnya Dapat Jumpa Anak Arwah Abam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...