Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu hantaran oleh seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewa apabila seorang wanita berkerusi roda terpaksa berdepan situasi sukar gara-gara kemudahan lift yang tidak berfungsi.
Menerusi hantaran tersebut, wanita itu dilihat terpaksa meminta pertolongan daripada polis bantuan bagi menggunakan tangga untuk turun daripada stesen dipercayai di KTM Seremban.
Malah, dapat dilihat beberapa anggota polis bantuan telah mengangkat wanita berkerusi roda itu untuk turun daripada tangga dengan berhati-hati.
Dari nak awal jadi lambat sebab kemudahan lift rosak. Terpaksalah minta bantuan polis bantuan , terima kasih kepada polis bantuan KTMB SEREMBAN. Kalau takde dorang memang melopong jela. I hope pihak @ktm_berhad bole fix kan masalah lift ni dengan cepat ya pic.twitter.com/emejDnEEzj
— idontknowsodontaskme (@ashneko02) June 27, 2022
Terima kasih kepada polis bantuan KTMB SEREMBAN. Kalau tak ada dorang memang melopong jela.
Sehingga kini, ciapan tersebut telah mendapat 3.6K ciap semula, 3.5K tanda suka, dan 170 balas di laman Twitter.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai respon, ada yang memaklumkan bahawa lift berkenaan sememangnya sudah lama rosak namun masih belum dibaiki.
Susulan kejadian itu, pihak kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah turun ke lokasi berkenaan untuk membaiki lift tersebut dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.