Dapat Sumbangan RM20,000 Dari ‘Live’ Aliff Syukri, Norish Karman Luah Hasrat Miliki Kereta Baru – “Anak-Anak Semua Dah Besar”

Hiburan

Dapat Sumbangan RM20,000 Dari ‘Live’ Aliff Syukri, Norish Karman Luah Hasrat Miliki Kereta Baru – “Anak-Anak Semua Dah Besar”

Pelakon Norish Karman mendedahkan dirinya masih menerima pelbagai tawaran lakonan, namun kebanyakannya datang dengan syarat perlu menanggalkan hijab.

Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, 52, mengakui pernah berdepan dilema apabila memikirkan soal kewangan dan tanggungjawab membesarkan anak-anak, sehingga terlintas di hatinya untuk membuka hijab demi mencari rezeki.

Advertisement

“Saya memang banyak tawaran, mereka nak rambut Spa Q (drama) saya lagi tapi saya cakap saya dah istiqamah dan minta maaf banyak-banyak.”

“Bila buat undian nak buka hijab, anak-anak semua undi jangan. Bohonglah kalau tak rasa nak buka hijab sebab mahu jaga ekonomi anak-anak,” katanya ketika siaran langsung TikTok bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Dalam pada itu, Norish turut berkongsi kesukaran hidup yang dilalui apabila terpaksa menggunakan kereta lama yang tidak lagi selesa untuk kegunaan harian anak-anaknya yang semakin membesar.

“Paling terasa, anak-anak masuk kereta dan semua makin tinggi tapi kereta pula kecil. Semua sakit badan dan kaki. Saya teringin nak beli kereta besar, biar mereka duduk ramai-ramai pergi sekolah.”

“Ini dengan tiada pendingin hawa, enjin rosak. Buat apa nak bohong, ada dekat luar boleh ambil video dan gambar tiada masalah. Kereta bila bergerak pendingin hawa automatik mati. Bila hujan, tutup tingkap semua berpeluh,” kongsinya.

Walaupun berdepan ujian hidup, Norish tetap bersyukur dan menganggap segala dugaan sebagai tanda kasih sayang daripada Tuhan.

Dalam perkembangan sama, Aliff Syukri bersama isterinya Datin Seri Nur Shahida tampil menghulurkan bantuan dengan memberikan sumbangan berjumlah RM20,000 hasil jualan siaran langsung selama dua jam di TikTok bagi meringankan beban Norish dan lapan anaknya.

Sebelum ini, anak Norish, Hanyz Amanda turut mencetuskan kebimbangan apabila mendedahkan tahap kesihatan ibunya semakin merosot sehingga perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

nd lalal
2026-04-16 15:03:13

Lama Menghilang, ND Lala Bersuara Mengenai Hubungan Bersama Anak-Anak - "Mereka Adalah DNA Saya"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...