Berita pertunangan pelakon comel, Intan Najuwa, 22 tahun dan pasangannya Razrul Anwar Rusli, 38 tahun, di mana perbezaan usia mereka sebanyak 16 tahun telah membuatkan para netizen tanpa segan silu memberikan pendapat mereka tersendiri. Ada yang menuduh Intan Najuwa memilih lelaki tersebut kerana harta, ada yang berkongsi pengalaman berkahwin dengan lelaki lebih tua dan ada yang mendoakan kebahagiaan kedua-dua pasangan ini.
Namun sudah tentu pendapat “Intan Najuwa pilih dia nie sebab dia kaya” adalah yang paling popular dan paling banyak diutarakan oleh netizen. Bengang dengan kata-kata tersebut, kakak kepada pelakon ini iaitu Intan Najihaa telah tampil mempertahankan adiknya. Baginya, para netizen tak perlu mempertikaikan usia seseorang dan jodoh yang datang.
Kata Intan Najihaa:-
Majlis pertunangan ini buat tertutup untuk ahli keluarga sahaja dan semua diuruskan oleh pihak perempuan. Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki kaya raya dan kikis duit. Dah lama we all one family goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang-hutang and all.
And jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia dan kenapa.Sebelum bercakap please fikir dan jaga hati perasaan pasangan ni dan keluarga. Kaya atau tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus. Doakan yang baik-baik untuk Najuwa semoga hubungan sampai ke jinjang pelamin dan kekal selamanya
Kalau Abang Nara adalah seorang wanita, sudah tentu inginkan seorang lelaki yang kewangannya stabil. Kalau tua sikit pun tak apa. Kalau dapat yang kaya raya, memang syukur Alhamdulillah. Iyerlah dunia sekarang ini semuanya perlukan duit. Nak besarkan anak pun belanja boleh cecah jutaan ringgit. Jadi kalau dah terjumpa lelaki kaya, baik hati dan beriman, apa salahnya kan? Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tak gitu? Apa pendapat anda?