Written by AbangNara | August 23rd, 2019

Berita pertunangan pelakon comel, Intan Najuwa, 22 tahun dan pasangannya Razrul Anwar Rusli, 38 tahun, di mana perbezaan usia mereka sebanyak 16 tahun telah membuatkan para netizen tanpa segan silu memberikan pendapat mereka tersendiri. Ada yang menuduh Intan Najuwa memilih lelaki tersebut kerana harta, ada yang berkongsi pengalaman berkahwin dengan lelaki lebih tua dan ada yang mendoakan kebahagiaan kedua-dua pasangan ini.

intan najuwa

Namun sudah tentu pendapat “Intan Najuwa pilih dia nie sebab dia kaya” adalah yang paling popular dan paling banyak diutarakan oleh netizen. Bengang dengan kata-kata tersebut, kakak kepada pelakon ini iaitu Intan Najihaa telah tampil mempertahankan adiknya. Baginya, para netizen tak perlu mempertikaikan usia seseorang dan jodoh yang datang.

Kata Intan Najihaa:-

Majlis pertunangan ini buat tertutup untuk ahli keluarga sahaja dan semua diuruskan oleh pihak perempuan. Kami sekeluarga tak kaya raya mana. If true intan najuwa nak kan lelaki kaya raya dan kikis duit. Dah lama we all one family goyang kaki tak payah kerja tunggang langgang nak bayar hutang-hutang and all.

And jangan pertikaikan umur orang. Siapa jodoh dia dan kenapa.Sebelum bercakap please fikir dan jaga hati perasaan pasangan ni dan keluarga. Kaya atau tak tu rezeki. Dapat suami kaya itu bonus. Doakan yang baik-baik untuk Najuwa semoga hubungan sampai ke jinjang pelamin dan kekal selamanya

intan najuwa

Kalau Abang Nara adalah seorang wanita, sudah tentu inginkan seorang lelaki yang kewangannya stabil. Kalau tua sikit pun tak apa. Kalau dapat yang kaya raya, memang syukur Alhamdulillah. Iyerlah dunia sekarang ini semuanya perlukan duit. Nak besarkan anak pun belanja boleh cecah jutaan ringgit. Jadi kalau dah terjumpa lelaki kaya, baik hati dan beriman, apa salahnya kan? Orang kata rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Tak gitu? Apa pendapat anda?

14 responses to “Dapat Suami Kaya Itu Bonus”, Kakak Intan Najuwa Balas Kritikan Terhadap Adiknya

  1. faraj says:

    Memang lah Bonus..!!! cuma time mengawan jer Tutup lampu…..kikikiki

    • minah jambu say NO to drugs says:

      dapat laki kaya tu dh jodoh ape nak dengar cakap orang sangattttt yg kawin tu u bukan adek u kakak u yg kawin !! dorang cakap2 banyak pasal u dorang nak pecah belahkn rumah tanga u aje dorang jeles..dh dh peduli sama orang yg penting jaga suami jaga rumah tanga orang lain gi mampos..

  2. Anonymous says:

    dpt kaya x mengapa, asalkan jgn laki org sudah.
    Buat je harta selagi hidup bersama..mana tahu akan dtg…kita x tahu..
    Buka je perniagaan…jgn beranak2 je.

  3. mak semah says:

    laaaaaaaahhh!!! biar la dia dpt laki kaya ke apa ke.. bagus la dia dapat laki kaya, at least makan minum pakai dia terjamin.. jodoh lama ke tak ke bukan masalah korang.. yang mendengki tu sah sah laki dia SEDIHH, yang jenis balik kerja, bukak kasut, duduk sofa terbongkangggggg.. tak pun main game.. kecoh la netizen ni.. bukan dia kawin laki orang.. tua ke muda ke lantok dia la.. yang dalam bilik dia ngan laki dia, bukan ko ngan laki dia..

  4. Anonymous says:

    Laki dia belum tua sgt lah…br 38. Utk lelaki life begin at 40. Dah masuk kategori matang & stabil dari segala segi. Boleh bimbing dia jadi isteri yg baik. Kalau ambik laki yg sebaya otak masih mcm bebudak lagi. Setahun 2 kawin dah cerai. Org pompuan lebih suka lelaki yg matang bebanding budak sebaya hipster tak tentu pasal. Menyakitkan otak je.

  5. Rin says:

    Lebih baik jangan bagi statement, selagi belum kawen, masih betunang je pon, karena kita tak tahu ape yang akan terjadi esok hari

  6. anonymous says:

    eeeuuuwww mesti moloot berbauu,gusi bernanah

  7. mia says:

    betul tu..tahniah intan najuwa…

  8. Anonymous says:

    Oklaa tu intan bru post skali je gmbr dgn mamat ni x lama pastu tau2 bertunang, xde pon nak sorok muka letak emoji bagai even muka x berapa ensem wpon poket tebal. X ckp byk terus mamat tu masuk minang. Si intan ni kalau memilih even kaya cmne pon tp rupa takde tak jalan jugak. Sure lah ade kualiti yg intan cari. Kaya n berharta tu bonus. Sape je yg xnak suami berharta even cuma ada rumah flat je drpd nan hado merempit sana sini. Ok ruhainies take note ya hahahahaha

  9. Anonymous says:

    Jodoh

  10. Mata mata says:

    Good choice intan?

  11. anti dengki says:

    yg bukan artis pon berlambak tangkap lelaki tua n kaya, tanak kecoh plak korg? dia cantik kot… maintenance mesti tinggi… sesuai la cr lelaki kaya… ingat klu pilih lelaki sendu boleh cover cost maintenance dia ke? at least dia tak rampas laki org… ignore je diorg ni Intan… yg penting awak bahagia

  12. aku ni says:

    bijak ni…umur yg muda, rupa yg hensem dan cinta shj tidak akan menjamin kebahagian…maturity and financial stability are more important. I think it’s a good choice.

  13. damai says:

    yg penting dia bukan laki org, full stop. tunang dia pun bukan tua sgt pun still below 40, semoga kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin dan sampai akhir hayat, aamiin.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini