Jika dahulu nama penyanyi Aliff Aziz memang tidak lekang daripada kontroversi dan gosip yang tidak menyenangkan.
Namun, kini, Aliff Aziz sedikit sebanyak telah dilihat berubah ke arah kebaikan dan diberikan hidayah untuk kembali ke fitrah.
Khabarnya, penyanyi lagu Sayang Sayang ini semakin giat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan turut mendekati jemaah tabligh.
View this post on Instagram
Ujar bintang kelahiran negara seberang tambak ini lagi, media sosial Instagram menjadi asbab dia mula mengenali agama Islam.
Nak dijadikan cerita pada mulanya saya tengok ruangan explore di Instagram..macam-macam orang post. Tiba-tiba terlintas perkongsian abang Faizal Ismail (FBI), dia pun dah pakai kopiah..saya pun tengok IGTV dia sampai habis. Pada waktu tu tak tahu apa yang gerakkan hati saya..saya sendiri hantar DM di Instagram Dakwah Tabligh Malaysia.
Selepas berhubung dengan seorang wakil jemaah tabligh berkenaan, dia dipelawa untuk keluar selama tiga hari.
Katanya lagi, dia turut diuji apabila mula berasa goyah di hatinya malah sanggup menghubungi wakil jemaah tabligh berkenaan untuk membatalkan hasratnya itu.
Aliff walau bagaimanapun nekad apabila dia merasakan Allah telah menggerakkan hatinya untuk DM jemaah tabligh berkenaan.
View this post on Instagram
“Mereka layan dengan baik tanpa menghiraukan latar belakang atau pangkat, tak menilai atas status kita. Allah bagi sedikit rasa manis..Masyallah…” tambah Aliff lagi.
Terdahulu, suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah ini pernah mencetuskan pelbagai kontroversi seperti curang, mencuri, mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.