Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Tekad Buang Tatu, Aliff Aziz Nak Berhijrah, Kesal Dengan Kesilapan Lalu

Aliff Aziz keluarga

Penyanyi dan juga pelakon Aliff Aziz baru-baru ada bertanyakan peminat mengenai mana-mana pusat perubatan yang menyediakan rawatan pembuangan tatu di Kuala Lumpur menerusi akaun Instagramnya.

Perkara itu telah dimuat naik Aliff menerusi siaran Instagram Story miliknya untuk mendapatkan respon daripada peminat serta pengikut media sosialnya.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by ????? ???? (@iamaliffaziz)

Suami kepada pelakon Bella Astillah ini yang ditemui media menjelaskan bahawa dia tidak menafikan mahupun mengiyakan mengenai niatnya untuk membuang tatu yang dicacah di badannya itu.

Namun, ujar Aliff lagi, dia kini sedang berusaha untuk menjadi seorang umat Islan yang lebih baik dan usaha itu perlu datang daripada dirinya sendiri.

 

View this post on Instagram

A post shared by ????? ???? (@iamaliffaziz)

Advertisement

“Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi, saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya. Jadi saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat.”

Meskipun dalam Islam perbuatan membuang tatu jika memudaratkan jatuh hukum tidak perlu dilakukan, Aliff menjelaskan bahawa dia hanya ingin berusaha untuk berhijrah dan tidak berniat untuk membuktikannya kepada sesiapa.

Aliff AzizSumber : Instagram Aliff Aziz  

Tambah penyanyi lagu Sayang Sayang itu lagi, dia bersyukur kerana masih mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Perkembangan terkini, Aliff dan isteri, Bella Astillah dilaporkan telah melebarkan sayap dalam bidang perniagaan selepas membuka sebuah kedai makanan yang diberi nama Laksa Bah yang bertempat di Masok Foodcourt, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Kacangpanjunk

    April 23, 2021 at 7:55 pm

    Takpe lah alif..netijen je yg lebih2..urusan tatoo tu antara kau dgn Tuhan sudah

  2. tecit

    April 21, 2021 at 9:01 am

    hemsem alif berkumis.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama