Pelakon senior, Fauziah Nawi meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka dirinya bakal menerima pengiktirafan pada malam anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 menerusi Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.
Ujar Fauziah, apa yang membuatkan dirinya terhadu adalah apabila dia dapat merasa mengenggam trofi berprestij itu di saat dirinya masih hidup dan aktif dalam dunia lakonan.
Paling seronok apabila anugerah ini diperoleh semasa hidup. Saya bersyukur kerana dapat anugerah ini. Ia benda yang saya tak pernah terfikir.
Katanya lagi, dia akan tetap meneruskan kerjaya dalam bidang lakonan selagi hayat dikandung badan.
Tambah Fauziah, dia terasa seperti dihargai apabila bakatnya masih diterima ramai meskipun usianya kini sudah lanjut dimamah waktu.
Dia dalam pada itu turut memberi nasihat kepada pelakon yang baru memasuki industri lakonan untuk sentiasa mempunyai hati yang baik dan berlimu pengetahuan.
Sekadar info, Fauziah Nawi juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik untuk FFM12 menerusi filem Sayang Salmah pada tahun 1995.