“Dapat Barang Terus Lenyap!” Erma Fatima Dituduh Penipu Oleh Peniaga Online

Hiburan

“Dapat Barang Terus Lenyap!” Erma Fatima Dituduh Penipu Oleh Peniaga Online

Pelakon dan pengarah Erma Fatima meluahkan rasa berang apabila dia telah dituduh sebagai penipu oleh seorang peniaga gara-gara tidak membuat ulasan produk yang telah dihantar individu terbabit.

BETTY RAHMAD
3 years ago

Ibu Positif COVID-19, Betty Rahmad Kongsi Pengorbanan Erma Fatima Jaga Ibu Ketika Kuarantin

Advertisement

Difahamkan, peniaga tersebut telah membuat video di aplikasi TikTok di mana Erma Fatima seolah-olah tidak menunaikan janji untuk membuat ulasan produkyang dijualnya.

View this post on Instagram

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Tidak puas hati dengan tuduhan tersebut, Erma menganggap tindakan individu tersebut sebagai biadap dan sengaja menimbulkan kebencian orang terhadap dirinya.

Ujar Erma, dia tidak pernah meminta untuk membuat sebarang reviu produk malah enggan meletakkan sebarang bayaran jika terpanggil untuk melakukan kerja tersebut.

Biadab! Mereka ini buat artis macam hamba. Tak reti bersyukur orang tolong. Baru saya faham kenapa Janna Nick dan ramai artis pun geram. Semalam saya dapat mesej yang dia viralkan dekat TikTok. Saya tak minta buat ulasan. Dia yang hantar produk dan minta tolong saya buat ulasan.

Dalam perkongsian tersebut, Erma turut memuat naik tangkap layar mesej individu tersebut yang bertanyakan mengenai ulasan produk.

View this post on Instagram

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Erma juga menjelaskan bahawa dia tidak melakukan ulasan produk di laman sosial seperti yang dipinta kerana sibuk menjaga ibunya yang kini sedang sakit.

Di akhir perkongsian, pelakon drama Mok Cun ini juga menyatakan bahawa dia akan memulangkan semula produk yang dihantar kerana tidak ingin membantu orang yang tidak menghargai usaha orang lain.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...