Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ibu Positif COVID-19, Betty Rahmad Kongsi Pengorbanan Erma Fatima Jaga Ibu Ketika Kuarantin

BETTY RAHMAD

Pelakon Betty Rahmad menerusi sebuah hantaran Instagram ada berkongsi pengalaman dia dan keluarga telah diuji apabila ibunya, Asmah Mohd Ali telah disahkan positif COVID-19.

Advertisement

Turut dijangkiti wabak itu adalah pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Teha di mana kedua-duanya telah disahkan positif COVID-19 pada pertengahan bulan Ogos yang lalu.

Menurut Betty, kedua-duanya sudah pun pulih seperti sedia kala dan sedang berehat di rumah.

View this post on Instagram

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Menerusi kemas kini Instagramnya,  Betty turut menceritakan kronologi bagaimana ibu kesayangannya itu dijangkiti COVID-19 serta pengorbanan kakak, Erma Fatima yang berkorban menjaga bonda mereka itu.

Advertisement

Allahuakbar Alhamdullilah atas kasih sayang ini Ya Allah, hari di mana ibu telah disahkan positif COVID-19, Kak Erma terus kosongkan rumah hantar anak-anak ke rumah lain dan meminta kami hantar mak ke rumah dia. Dialah yang masakkan mak, mandikan mak. Bagi ubat serta vitamin dan memaklumkan kami adik beradik dengan video-video ini dalam group Whatsapp.

Menganggap kakaknya itu sebagai figura luar biasa, Betty memaklumkan bahawa mereka sekeluarga terpaksa ‘berpura-pura’ kuat demi ibu mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

Erma juga dilaporkan membuat pemeriksaan COVID-19 untuk dirinya pada setiap malam sepanjang menjaga ibu namun dilindungi Allah S.W.T.

Pelakon drama Adam dan Hawa ini berharap perkongsiannya itu dapat memberi sedikit manfaat kepada mereka yang membacanya.

“Ternyata ia bukan mudah. Kuatkan mental dan percaya segalanya daripada Allah. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami.” tulisnya lagi.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top