August 21st, 2013

Penafian Halim Othman bahawa wanita bernama Dania Danisha bukan teman wanitanya nampaknya menimbulkan kemarahan wanita itu. Terkini melalui akaun Facebook peribadinya, Dania telah memuat naik status yang mendakwa dirinya bukanlah sekadar peminat personaliti yang juga deejay radio tersebut.

 photo 1005372_630193837015540_1765066495_n.jpg

Menurut Dania, perkenalan mereka dimulakan oleh Halim sendiri. Dakwaannya juga, mereka telah keluar bersama selama beberapa belas kali ke tempat-tempat yang berasingan, malah Halim menyatakan sanggup menunggu untuk berkahwin dengan Dania, namun ditolak oleh Dania atas faktor umur Halim yang menurut wanita itu, hampir sebaya dengan ibu bapanya.
Tambahnya lagi, gambar tersebut sememangnya diambil dua tahun lepas, namun baru diketahui orang ramai tahun ini.

Dania turut menyatakan dia tidak kisah sama ada kenyataannya dipercayai orang ramai atau tidak.

Kenyataan Halim Othman tentang Dania Danisha sememangnya ‘tajam menikam’ dan memperlihatkan seolah-olah wanita itu seorang peminat yang ‘syok sendiri’. Namun kenyataan balas Dania nampaknya bercanggah dengan versi Halim.

Yang mana satu hendak dipercayai? Terpulanglah pada anda.


 photo bazarposterogos2013.jpg


Comments are closed.

Loading...