Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dia Bukan Kekasih, Hanya Peminat – Halim Othman

Jawapan agak klise namun kalau itu adalah kebenaran, apa salahnya kan? Susulan artikel beberapa gambar mesra dirinya bersama seorang wanita, Halim Othman menafikan yang wanita bernama Dania itu adalah kekasihnya. Menurut Halim, Dania hanyalah peminatnya.

halim othman dan dania

Advertisement

Nampak gayanya lambat lagilah nak merasa makan nasi minyak di kenduri majlis perkahwinan Halim Othman. Yang menariknya, Menurut Halim, gambar-gambar itu diambil tahun lalu ketika dia, wanita itu dan beberapa orang rakan menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka. Abang Nara tertarik dengan kata-kata Halim di bawah:-

Dia bukan kekasih saya dan hanya sebagai peminat. Saya tidak sangka dia muat naik gambar itu sehingga menimbulkan salah faham orang lain terhadap saya.

Saya mendapat tahu perkara ini menerusi rakan. Saya mengenali wanita itu sebagai peminat dan tindakannya seolah-olah mahukan publisiti.

Ada gambar yang dimuat naik itu dibuat secara “super impose”. Ketika bergambar dia gemar berkepit dengan saya dan ia membuatkan saya tidak selesa.

halim othman

Pada pandangan mata kasar Abang Nara, tak nampaklah pula di mana “super impose”nya. Namun agak kelakar juga apabila Halim menyatakan wanita itu suka berkepit. Hehehe. Nak tergelak Abang Nara dibuatnya. Tak apalah Halim. Kalau ada jodoh, suatu hari nanti pasti bertemu wanita yang sesuai dengan anda. Tak gitu?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top