“Dalam Hati Ada Taman” – Buat ‘Surprise’ Hari Jadi Untuk Suami Garang, Gelagat Lelaki Ini Cuit Hati Netizen

Kehidupan

“Dalam Hati Ada Taman” – Buat ‘Surprise’ Hari Jadi Untuk Suami Garang, Gelagat Lelaki Ini Cuit Hati Netizen

Sebuah perkongsian TikTok baru-baru ini mungkin membuatkan perasaan anda berada dalam mood ‘roller-coaster’ apabila seorang wanita ada membuat kejutan hari jadi buat suaminya yang agak garang jika dilihat dari sudut luaran.

Dalam video tersebut, wanita yang difahamkan isteri kepada lelaki itu ada membawa kek kepadanya namun ‘ditengking’ dan berkata bahawa dia tidak memerlukan semua itu (sambutan hari jadi).

Advertisement

Namun, si isteri hanya ketawa dan tetap meneruskan ‘surprise’ tersebut mungkin sudah mengetahui peribadi suaminya itu yang sebenar.

Pada akhir video tersebut, wanita tersebut dipeluk suaminya tanda menghargai kejutan yang disediakan susah payah. Rupa-rupanya lelaki itu berkata dia hanya memerlukan kasih sayang isterinya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberi pelbagai respon dan reaksi setelah melihat video tersebut dan ada juga yang mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut.

tiktokSumber : TikTok  

Memang betul-betul dalam hati ada taman ni!

MUA
3 years ago

(VIDEO) "Ramai Tipu Nak Harga Murah.." - MUA 'Explain' Perbezaan Antara Solekan Pengantin Dan 'Event'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...