Pasangan selebriti sensasi, Zizi Kirana dan suami, Yusuf Bahrin baru-baru ini ada memuat naik video dan foto sepanjang percutian pra-bulan madu mereka di Semporna, Sabah.
Terlihat romantis, pasangan ini khabarnya telah melawat sekitar pulau di Semporna, Sabah.
View this post on Instagram
Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah penampilan Zizi yang tetap sopan meskipun melakukan aktiviti lasak di tepi pantai dan tengah lautan.
Ini berikutan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahlil,36, masih mengenakan stokin kaki dengan jubah berserta tudung labuh ketika melakukan aktiviti di sana.
Ia ternyata telah meraih pujian ramai terutama sekali kepada Yusuf kerana pandai menjaga isteri tersayang.
Ramai juga mendoakan agar penyanyi lagu Eh! itu tetap istiqamah sehingga ke akhirnya.
Terdahulu, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 19 September lalu setelah dua bulan berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program hiburan All Together Now Malaysia.