Zizi Kirana Stabil, Doktor Nasihat Supaya Rehat Hingga Pulih

Hiburan

Zizi Kirana Stabil, Doktor Nasihat Supaya Rehat Hingga Pulih

Penyanyi Zizi Kirana memberitahu bahawa keadaannya kini semakin stabil selepas tujuh hari dirawat di sebuah pusat perubatan akibat kekurangan darah.

Zizi Kirana
2 years ago

Tak Hadir ABPBH34, Zizi Kirana Masuk Hospital Kerana Sakit Perut

Advertisement

Menurut Zizi, doktor memberitahu yang dia mengalami masalah di bahagian perut sehingga menyebabkan dirinya kekurangan darah, pening dan sesak nafas

Saya okay Alhamdulillah, kena warded selama tujuh hari. Hari ini (Selasa) doktor sudah benarkan saya keluar.

Tambah Zizi, dia perlu tambah dua pain darah ketika dirawat namun sangat bersyukur dengan kehadiran ibunya dari Sabah serta bapa dan mak mertuanya yang datang dari Melaka.

Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Faezah @ Zizie Mad Tahil, dia dinasihatkan untuk berehat daripada melakukan sebarang pekerjaannya dahulu buat sementara waktu sehingga benar-benar pulih.

Zizi Kirana & Yusuf Bahrin

Dalam pada itu, Zizi turut meluahkan rasa syukur kerana suaminya Yusuf Bahrin sentiasa berada di sisinya dan menemani dirinya ketika berhadapan dengan situasi cemas tersebut.

Yusuf dari awal sampai la hari ini, 24 jam ada di sebelah. Risau betul dia ni, nasib la hospital sekarang boleh ada penjaga.

Susulan kejadian itu, Zizi sempat memberitahu bahawa Yusuf juga yang sentiasa memberikan semangat dengan menyuruhnya supaya jangan berhenti zikir, doa dan istighfar walaupun dia sedang risau.

Sekadar info, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin telah mendirikan rumah tangga mereka pada 19 September 2021 di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...